KUALA LUMPUR: Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bagi membincangkan program jalinan kerjasama media Malaysia dan Indonesia.
Pertemuan itu dihadiri Presidennya, Datuk Mokhtar Hussain; Timbalan Presiden Datuk Zulkefli Hamzah; Naib Presiden, Ashwad Ismail serta Penasihat Datuk Zakaria Abdul Wahab.
Pertemuan selama sejam dari 4 petang itu membincangkan penyertaan ISWAMI pada Hari PERS Nasional (HPN/Hari Wartawan Indonesia) yang akan berlangsung di Kendari, Sulawesi, Indonesia pada 9 Feb ini.
Secara tradisinya, HPN diadakan setiap tahun di kota-kota berlainan di Indonesia, dirasmikan Presiden Indonesia dan turut dihadiri menteri-menteri Kabinet Presiden Indonesia, duta-duta besar, tokoh-tokoh korporat dan lebih 5,000 pengamal media.
Turut dibincangkan pada pertemuan itu adalah sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA), yang dijangka diadakan pada 26 hingga 29 Mei di Melaka.
Pada 30 Nov lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan mengiktiraf 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional pada majlis Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2021.
"Kerajaan akan terus memberi sokongan kepada program-program yang sesuai untuk dilaksanakan," katanya.
Sambutan HAWANA julung kali dan terakhir diadakan pada 11 April 2018. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022
Tan Sri Annuar Musa menerima kunjungan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) di pejabatnya hari ini. - Gambar BERNAMA
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kod etika jadi panduan wartawan Malaysia
Ashwad menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Iswami bersama Duta Besar Malaysia di Indonesia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Media mainkan peranan penting pastikan konteks sebenar berita tidak cetus ketegangan
Peranan media adalah amat penting bagi memastikan konteks sebenar sesuatu berita yang berpotensi menjadi pencetus ketegangan dapat disampaikan dengan baik.
Iklan 'TKI On Sale' dikecam
ISWAMI mengecam keras penyebaran iklan 'TKI On Sale' oleh pihak tertentu dan mendesak kerajaan menyiasat hingga ke akar umbi bagi dikenakan tindakan tegas.