awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ISWC 2023 fokus usaha perkasa aspek perlindungan sosial - Amir Hamzah

Hilmi Malik
Hilmi Malik
05/07/2023
10:29 MYT
ISWC 2023 fokus usaha perkasa aspek perlindungan sosial - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, ISWC 2023 bakal menjadi medan bagi menghimpunkan idea di seluruh negara bagi mendapatkan penyelesaian secara inklusif. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Aspek perlindungan sosial merupakan perkara yang diberi penekanan menerusi Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC 2023) ke-10 yang berlangsung selama dua hari mulai Rabu.
Usaha untuk memperkasa matlamat itu penting dalam memastikan setiap kelompok di negara ini menerima manfaatnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bagaimanapun berkata, sokongan terhadap perlindungan sosial di negara ini masih lagi lemah.
Justeru, ISWC 2023 katanya, bakal menjadi medan bagi menghimpunkan idea di seluruh negara bagi mendapatkan penyelesaian secara inklusif.
“Dari segi perlindungan sosial, tidak semua yang KWSP mampu untuk lakukan berhubung impak terhadap penabung kerana kita masih kekurangan saluran.
“Dengan penganjuran ISWC 2023 kita mampu untuk dedahkan isu-isu dan menggalakkan pembuat dasar untuk menyambut isu berkenaan.
“Seperti yang saya katakan pada ucapan pembukaan, sokongan terhadap perlindungan sosial masih lagi kelihatan rendah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat ucapan pembukaan ISWC 2023 di Hotel Mandarin Oriental pada Rabu.
Tambahnya lagi, usaha menuju ke arah objektif berkenaan juga selari dengan hasrat Kerajaan Madani bagi menuju ke sasaran sifar kemiskinan.
Bertemakan ‘Changing The Game: Building The World We Want’, program berkenaan merupakan anjuran bersama Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa.
ISWC 2023 juga bakal menampilkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan hadir pada Khamis.
Persidangan berkenaan juga antara lain akan menempatkan beberapa golongan pemikir di serata dunia untuk berkongsi idea.
Topic Berkaitan
#KWSP
#ISWC 2023
#Amir Hamzah Azizan
#perlindungan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan