awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isytihar harta langkah tepat kembalikan integriti anggota awam - Salahuddin

Bernama
Bernama
08/06/2018
13:53 MYT
Isytihar harta langkah tepat kembalikan integriti anggota awam - Salahuddin
Salahuddin mengagihkan bubur lambuk kepada para pengunjung dan peniaga ketika melawat Bazar Ramadan Taman Dahlia Kempas, Johor Bahru, hari ini. --fotoBERNAMA
Arahan supaya semua anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik mengisytiharkan harta masing-masing kepada Perdana Menteri adalah langkah tepat dalam mengembalikan integriti anggota awam.
Malah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub turut menyifatkan larangan supaya pentadbiran tidak menerima hadiah sebagai wajar kerana ia dapat menjauhi sebarang bentuk penyelewengan.
"Saya, Ketua Setiausaha Kementerian atau pegawai di jabatan telah diingatkan semasa turun padang atau merasmikan program supaya tidak perlu disediakan hadiah sehingga terpaksa keluarkan duit banyak daripada bajet kementerian.
"Saya berpendapat gaji dan elaun yang diterima serta segala kemudahan yang diberikan kerajaan adalah mencukupi," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Ar-Rahman Taman Dahlia di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini yang mahu semua anggota pentadbiran mengisytiharkan harta masing-masing bagi membolehkannya menyampaikan maklumat berkenaan kepada agensi-agensi bertanggungjawab berkenan pencegahan rasuah.
Salahuddin yang juga Anggota Parlimen Pulai berkata langkah sedemikian sebenarnya sudah lama diusahakan Pakatan Harapan (PH), yang menyaksikan beliau dan Anggota Parlimen pakatan itu membuat pengisytiharan harta serta aku janji melalui inisiatif program 'Invoke Malaysia' sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bajet
#elaun
#gaji
#hadiah
#Invoke Malaysia
#isytihar harta
#larangan
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#pentadbiran
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#PRU14
#Rasuah
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan