82 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Rom masih terkandas di negara itu.
Ini susulan tindakan Italian Civil Aviation Authority (ENAC) membatalkan kebenaran mendarat untuk semua pesawat termasuk pesawat sewa khas.
Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar, kesemua mereka sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada Isnin, 23 Mac jam 6.10 pagi.
“Buat masa ini, Wisma Putra sedang bertungkus-lumus termasuk berunding dengan Kerajaan Itali bagi memberi kebenaran khas untuk kita meneruskan urusan repatriasi dari Itali ini dengan secepat mungkin.
“Sebarang maklumat berhubung situasi ini akan Wisma Putra maklumkan dari masa ke masa,” katanya menerusi sidang media di Putrajaya pada Sabtu.
Tambahnya kesemua mereka yang dibawa pulang akan menjalani proses kuarantin selama 14 hari di Institut Latihan Awam yang telah dikenalpasti.
Syafik Shukri Jalil
Sat Mar 21 2020

82 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Rom masih terkandas di Itali.

Lumba Kereta | Algeria anjur perlumbaan khas buat wanita
Algeria menjadi tuan rumah edisi kedua perlumbaan kereta wanita antarabangsa. Perlumbaan itu dilangsungkan bermula 25 januari sehingga 30 Januari 2023, melibatkan jarak 1,254 kilometer.

Hubungan Sulit Trump | Panel juri baharu mula dengar keterangan saksi
Pendakwa raya yang terlibat dalam kes bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mendapatkan panel juri baharu bagi mendengar hujahan serta bukti berkenaan dakwaan Trump membuat pembayaran kepada seorang bintang filem lucah, Stormy Daniels bagi menutup mulut daripada mendedahkan hubungan seksual mereka.

Ekstradisi | Banduan Filipina dalang rompakan di Jepun
Kerajaan Jepun meminta agar kerajaan Filipina untuk mengekstradisi empat warganya yang juga banduan di negara itu. Ia selepas mereka didakwa terlibat dalam beberapa siri rompakan di Jepun yang dioperasikan dari penjara.

PNBCAP | Adaptasi iklim urban pertama di Malaysia
Think City menyasarkan sekurang-kurangnya pengurangan 1.5 darjah celsius dalam suhu di kawasan bandar dan lima hingga tujuh darjah Celsius di kawasan tanah tinggi menerusi pelaksanaan Pelan Adaptasi Iklim Semulajadi Pulau Pinang (PNB-CAP). Pengarah Urusannya, Hamdan Abdul Majeed berkata sasaran tersebut dijangka dicapai dalam tempoh enam hingga lapan tahun selepas rancangan.

Perubahan Iklim | Kerajaan Persekutuan tak boleh lawan sendiri
Kerajaan Persekutuan tidak dapat melawan perubahan iklim secara sendiri. Sebaliknya, menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, usaha tersebut memerlukan penglibatan semua sektor di negara ini termasuk orang awam, sektor swasta serta kerajaan negeri.

Industri Sawit | Malaysia-Indonesia kerjasama tangkis tohmahan EU
Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dengan Indonesia bagi menangkis tohmahan terhadap minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU). Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia dan Indonesia akan membincangkan undang-undang yang melarang penjualan minyak sawit dan komoditi lain yang dikaitkan dengan penebangan hutan.

Pengurusan Banjir | Kerajaan akan bina PPS tetap di sekolah kerap terkesan
Kerajaan akan membina dewan bagi menempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di lokasi sekolah yang sentiasa terkesan banjir. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dilaksana menerusi Smart Partnership antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak sekolah di seluruh negara.

Lantikan Nurul Izzah | Anwar terima teguran, akan beri penjelasan
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka menerima setiap teguran dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya. Menegaskan sekali lagi bahawa pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bayaran, Perdana Menteri berkata beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, termasuk memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.

Politik | Tun Faisal sahkan dipecat UMNO
Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mengumumkan beliau dipecat keahliannya dalam UMNO setelah hampir dua tahun digantung.

10 Berita Pilihan - (31 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: 2,068 kes baharu, tiga kematian direkodkan
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sebanyak 115,078 kes.

COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.

COVID-19: Kes kekal empat angka, Selangor tertinggi 10 hari berturut-turut
Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan empat kluster baharu membabitkan jangkitan virus berkenaan.

Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.

COVID-19: Kes harian tertinggi, ini 5 tumpuan sidang media Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 72.4 peratus peratus daripada kes itu melibatkan jangkitan dari Sabah.

Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.

COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.

Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.

SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.

Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.