awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali isytihar darurat di wilayah utara dilanda kemarau

Bernama
Bernama
05/07/2022
04:00 MYT
Itali isytihar darurat di wilayah utara dilanda kemarau
Sungai terpanjang Itali kering akibat kemarau terburuk dalam 70 tahun. - Foto REUTERS
ROM: Itali pada Isnin mengisytiharkan darurat di lima wilayah utara yang paling terjejas akibat dilanda kemarau, lapor Agensi Berita Anadolu.
Mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Mario Draghi, bersetuju mengeluarkan dekri darurat untuk wilayah Emilia-Romagna, Friuli-Venezia Giulia, Lombardy, Piedmont dan Veneto, berikutan kemarau yang melanda Sungai Po dan lembangan Alpine timur.
Kerajaan turut memperuntukkan EUR36.5 juta (AS$38 juta) bagi menangani krisis itu. Peruntukan terbesar daripada dana itu (EUR10.9 juta atau AS$11.3 juta) akan disalurkan kepada wilayah Emilia-Romagna.
Itali dilanda kemarau terburuk dalam tempoh 70 tahun. Paras air di negeri-negeri di wilayah utara menyusut hingga separuh sejak awal tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Beberapa majlis perbandaran di utara terpaksa mengambil langkah-langkah pencatuan air minuman dan pengairan pertanian berikutan suhu melampau dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Pakar turut memberi amaran bahawa krisis kemarau di seluruh negara mengancam 30 peratus pengeluaran pertaniannya dan setakat ini menyebabkan kerugian bernilai hampir EUR3 bilion (AS$3.12 bilion) dalam sektor pertanian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#darurat
#kemarau
#Mario Draghi
#krisis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan