ATHENS: Itali akan menghantar kapal perang ke Laut Merah berikutan beberapa kapal komersial dilaporkan diserang, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Agensi Berita ANSA.
Kapal frigat tentera laut Itali Virgilio Fasan yang sepatutnya dihantar pada Feb 2024 untuk menyokong Operasi Atalanta Kesatuan Eropah (EU) untuk menghalang dan mengganggu tindakan lanun dan rompakan bersenjata di selatan Laut Merah, Teluk Aden dan Lautan Hindi, kini dijadual akan melalui Terusan Suez pada 24 Dis.
Laporan itu menyatakan bahawa keputusan itu dibuat selepas Menteri Pertahanan Itali Guido Crosetto mengadakan sidang video dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin.
Austin pada Isnin mengumumkan penubuhan pasukan petugas tentera laut multinasional untuk menangani tindakan Houthi yang didakwa mengganggu kapal komersial di Laut Merah.
Laut Merah merupakan antara laluan laut yang paling kerap digunakan di dunia untuk penghantaran minyak dan bahan api.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
AS sebelum ini mengumumkan penubuhan pasukan petugas tentera laut multinasional untuk menangani tindakan Houthi yang didakwa mengganggu kapal komersial di Laut Merah.- Gambar fail/Reuters
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
MOT minta Prasarana bincang dengan PBT, selenggara pokok berisiko
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke minta Prasarana berbincang dengan PBT agar penyelenggaraan dibuat sepanjang masa di kawasan berisiko terutama pokok-pokok besar yang berdekatan dengan laluan tren.
[TERKINI] Resit hina Islam: Empat individu ditahan bantu siasatan
Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan berhubung hantaran tular sekeping resit makanan sebuah premis perniagaan di Pulau Pinang baru-baru ini yang berbaur provokasi dan mempersenda Islam.
CCTV dipercayai rakaman insiden Faisal Halim disimbah asid tular
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai kejadian simbah asid yang dilakukan suspek terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, 5 Mei lalu, tular dalam media sosial.
Pesta Aloha: Pemilik Summer Bay Resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort dikompaun sebanyak RM25,000 susulan penganjuran Pesta Aloha yang menimbulkan kontroversi di Pulau Lang Tengah, Isnin lalu.
Rumah pemain Selangor, Khuzaimi Piee dipecah masuk
Pemain pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee di dalam muat naik terbaru di Instagramnya telah membuat laporan polis susulan kejadian pecah masuk yang berlaku di rumahnya yang menyebabkan motosikalnya dan beberapa barangan lain telah dicuri.
Ahmad Zahiruddin 'unsung hero' selamatkan ramai penumpang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke puji tindakan pantas Pegawai Transit Monorail, Ahmad Zahiruddin Nordin mengelak kemalangan pokok tumbang di laluan Monorail Sultan Ismail pada 7 Mei lalu. #AWANInews
Perjumpaan dengan Hamas untuk wujudkan penyelesaian secara aman - PM Anwar
Perdana Menteri berkata pertemuan beliau dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar minggu lepas adalah bagi memujuk mereka untuk tampil penyelesaian secara aman terhadap konflik di Gaza.
Badminton: Pearly-Thinaah tepati ramalan ke suku akhir Malaysia Masters 2024
Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah menepati ramalan apabila melangkah ke suku akhir Masters Malaysia 2024.
Mahkamah Tinggi tolak pengakuan salah warga emas pamer gambar Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu
Mahkamah Tinggi menolak pengakuan bersalah seorang warga emas atas pertuduhan mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Tenis: Jannik Sinner juara Terbuka ABN Amro
Selepas memenangi Terbuka Australia pada Januari, Sinner datang ke Rotterdam dengan penuh keyakinan dan menjadi pilihan utama.
10 kanak-kanak Palestin terima rawatan di Itali
Sepuluh kanak-kanak Palestin yang cedera dibawa ke Itali bersama penjaga mereka untuk menerima rawatan hospital di Rome pada Jumaat.
Kumpulan pertama kanak-kanak Gaza tiba di Itali untuk rawatan
Kumpulan pertama seramai 11 kanak-kanak Palestin yang cedera tiba di Itali dari Gaza diiringi anggota keluarga untuk menerima rawatan perubatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Itali kerah kapal perang ke Laut Merah lindungi kapal komersial
Itali akan menghantar kapal perang ke Laut Merah berikutan beberapa kapal komersial dilaporkan diserang.
Pelabur Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
Kedah Aerotropolis terus mendapat kepercayaan pelabur antarabangsa apabila memeterai kerjasama baharu dengan pelabur dari Itali.
Itali buru slot Euro 2024
Ia sekali gus memberi kelebihan kepada Itali menjelang pertemuan penentuan dengan Ukraine pada Selasa untuk mengesahkan tempat ke Euro 2024.
11 penyokong bola sepak Jerman ditahan di Itali
Polis berkata, tiada tangkapan terhadap penyokong Napoli kerana kebanyakan tindakan agresif datang daripada penyokong pasukan pelawat.
Ribut Ciaran: Itali umum darurat di lima wilayah di Tuscany
Darurat diterima pakai di wilayah Florence, Livorno, Pisa, Prato dan Pistoia susulan cuaca ekstrem sehingga menyebabkan banjir di beberapa kawasan.
Kelayakan Euro 2024: Itali mudah atasi Malta, terus beri tekanan buat England
Itali mudah meraih kemenangan 4-0 ke atas Malta untuk terus memberikan tekanan buat England dalam aksi Kumpulan C.