MALAYSIA
"It’s haram... I am Muslim" - Zizi Kirana lawan kebiadapan tentera Israel ketika dalam tahanan
Zizi Kirana berkongsi detik getir yang tidak akan dilupakan ketika ditahan dan diperlakukan secara biadab oleh tentera Israel sewaktu menyertai misi Global Sumud Flotilla menuju Gaza.
ISTANBUL: Satu demi satu kisah ngeri keluar dari bibir aktivis wanita yang baru dibebaskan daripada tahanan tentera Zionis Israel, saksi hidup kepada kekejaman yang berlaku di perairan antarabangsa.
Dalam pertemuan bersama Ketua Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi di sini, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana berkongsi detik getir yang tidak akan dilupakan ketika ditahan dan diperlakukan secara biadab oleh tentera Israel sewaktu menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza.
Zizi menceritakan bagaimana dia bukan sahaja diherdik dan dipaksa menanggalkan pakaian, malah turut dihina kerana memegang al-Quran dan memakai tudung.
“Saya pakai topi, dia suruh buka topi. Bila saya nak tenangkan diri, saya nak mengaji, dia ambil al-Quran saya, tarik dan tanya, ‘what is this?’
"Saya jawab, ‘this is Quran, this is my Quran.’ Tapi dia terus rampas,” cerita Zizi.
Tambah Zizi, layanan kasar diteruskan apabila dia dibawa ke pusat imigresen Israel, di mana dirinya diperiksa secara memalukan.
“Mereka suruh buka kasut, buka stokin, saya kata tak boleh, haram. Lepas tu mereka paksa saya buka tudung. Saya cakap, "no, it’s haram, I am Muslim". Tapi mereka tarik juga tudung saya.”
Cerita Zizi lagi, walaupun dikelilingi askar bersenjata, dia cuba kekal tenang walaupun hatinya hancur menyaksikan tindakan kejam yang melampaui batas kemanusiaan.
“Kawan-kawan saya yang bukan Islam pun menangis tengok. Mereka jerit, ‘be strong!’ Saya cuma mampu sebut, Ya Allah, Ya Allah… sambil mereka terus periksa dan suruh saya buka semua pakaian.”
Dalam pertemuan itu, Zizi turut menceritakan bagaimana dirinya dipaksa memakai pakaian penjara, tanpa tudung dan tanpa maruah, namun, tetap tegas mempertahankan prinsipnya sebagai seorang Muslim.
“Sampai di penjara pun mereka tak bagi pakai hijab. Inner baju saya digunting, kasut ditarik, tudung saya direntap lagi sebelum naik bas ke penjara. Tapi saya tetap pegang sisa hijab saya yang tinggal.”
Dalam keadaan sedemikian, kata Zizi, dia tiada pilihan selain hanya berserah dan berdoa agar segala kezaliman yang dilakukan mendapat pembalasan sewajarnya.
“Ya Allah, berikanlah balasan yang setimpal dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap umat Islam di dunia ini," itu doa yang tidak henti-henti dipanjatkan Zizi.
Misi Global Sumud Flotilla disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara, termasuk 23 rakyat Malaysia, yang belayar menuju Gaza membawa bantuan kemanusiaan dan simbol solidariti terhadap rakyat Palestin yang dizalimi.
Kesemua aktivis Malaysia kini selamat tiba di Istanbul selepas dibebaskan hasil usaha diplomatik Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dapatkan berita terkini di sini