awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itu sikap sebenar Sanusi - Amirudin

Sinar Harian
Sinar Harian
12/07/2023
22:40 MYT
Itu sikap sebenar Sanusi - Amirudin
Amirudin berkata, pembangkang diingatkan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang ucapan atau kempen bersifat biadab terhadap institusi diraja. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memperlekeh institusi diraja di Selangor menggambarkan sikap sebenar pemimpin terbabit yang kononnya memperjuangkan isu Melayu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sikap 'bermuka-muka' Muhammad Sanusi itu membuktikan beliau tidak menghormati institusi raja Melayu yang menjadi lambang perpaduan masyarakat di negara ini.
"(Mereka) berulang kali melanggar dari segi kempen, tetapi juga terma dan adab dengan sultan dan Raja-Raja Melayu," katanya ketika ditemui pada Jelajah Kita Selangor Arus Merah Kuning Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati di kawasan tapak parkir kereta, di sini, semalam.
Amirudin berkata, pembangkang diingatkan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang ucapan atau kempen bersifat biadab terhadap institusi diraja.
"Ini satu perkara yang harus dinilai dan diinsafi oleh mereka," kata Amirudin.
Ditanya adakah pihak Istana Selangor ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kenyataan Muhammad Sanusi, Amirudin memaklumkan tidak mengetahui perkara berkenaan.
"Itu tidak pasti dan saya tidak boleh bercakap tentang itu," jelas Amirudin.
Mengulas kemungkinan ada laporan polis dibuat, Amirudin memberitahu, beberapa individu dijangka membuat laporan tersebut.
Sebelum ini, tular video ucapan Muhammad Sanusi di aplikasi TikTok yang memperlekeh kewibawaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana melantik Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Amirudin Shari
#Sultan Selangor
#Raja Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan