MALAYSIA
IWK bekalkan 12 juta liter sehari air dipulih guna untuk pusat data di Johor - Fadillah
Fadillah (tengah) bergambar bersama penerima Sijil Pengiktirafan Industri Pusat Data, pada Majlis Pengiktirafan Penggunaan Air Alternatif bagi Industri Pusat Data Negeri Johor di Hotel Double Tree by Hilton hari ini. - Bernama
JOHOR BAHRU: Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) melalui Johor Special Water (JSW) mampu membekalkan sehingga 12 juta liter sehari (JLH) air dipulih guna kepada dua pusat data di negeri ini, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan air negeri.
Ringkasan AI
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata bekalan itu disalurkan kepada Bridge Data Centres (BDC) dan Computility Technology Malaysia menerusi rangkaian paip bawah tanah sepanjang 6.5 kilometer dari Loji Rawatan Kumbahan IWK di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata efluen terawat, iaitu air kumbahan yang telah diproses, dipam ke pusat data sebagai sumber alternatif tanpa menjejaskan bekalan air minuman, dengan infrastruktur khas dibina untuk memenuhi keperluan industri yang menggunakan air secara intensif.
"IWK menghasilkan 7,371 JLH efluen terawat di seluruh negara, termasuk 1,067 JLH di Johor, yang berpotensi besar digunakan semula bagi mengoptimumkan sumber air negara," katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan Penggunaan Air Alternatif bagi Industri Pusat Data Johor di sini hari ini.
Menurut beliau, pemanfaatan air dipulih guna mencerminkan amalan industri bertanggungjawab selaras usaha pemeliharaan alam sekitar, di samping menggunakan teknologi rawatan mesra alam yang mampu mengurangkan pelepasan karbon.
Selain BDC dan Computility Technology Malaysia, Dayone Data Centre Malaysia II Sdn Bhd turut memanfaatkan sumber air alternatif yang dibekalkan JSW.
Fadillah berkata kerjasama strategik melibatkan PETRA, Kerajaan Johor, IWK dan JSW menjadi mercu tanda penting bagi memastikan pertumbuhan industri pusat data tidak menekan bekalan air minuman, selaras sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 dan Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040.
Beliau turut berharap negeri-negeri lain dapat mencontohi Johor dalam membangunkan pusat data, dengan keutamaan diberikan kepada penggunaan sumber air dan tenaga alternatif demi kemampanan alam sekitar serta kelangsungan sumber negara.
Pada majlis itu, beliau diiringi Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyaksikan pertukaran perjanjian antara JSW, IWK dan pengendali pusat data.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- IWK melalui Johor Special Water (JSW) mampu membekalkan sehingga 12 juta liter sehari air dipulih guna kepada pusat data seperti Bridge Data Centres dan Computility Technology Malaysia, mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan air negeri.
- Air kumbahan yang telah diproses disalurkan melalui paip bawah tanah sejauh 6.5 kilometer dari Loji Rawatan Kumbahan IWK di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, tanpa menjejaskan bekalan air minuman.
- Inisiatif ini mencerminkan amalan industri bertanggungjawab dan mampan, selaras dengan sasaran RMK13 dan Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040, serta dijadikan contoh kepada negeri lain dalam pembangunan pusat data.