JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah bersedia untuk pembukaan semula sempadan negara, terutama dalam menerima kemasukan pelancong asing, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
Beliau berkata antara pintu masuk antarabangsa utama untuk tujuan itu adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Bangunan Sultan Iskandar, di Johor.
"Pada 5 Mac (semalam), semua autogate (sistem laluan automatik) telah diaktifkan semula dan pegawai di pintu masuk antarabangsa yang sebelum ini dihantar ke depot-depot sementara yang dibuka sepanjang tempoh pandemik, dipanggil semula," katanya kepada pemberita semasa operasi besar-besaran bersama JIM Johor, lewat malam semalam.
Beliau berkata pihaknya menjangkakan peningkatan pelancong asing memasuki negara dan akan mengetatkan kawalan kemasukan menggunakan pas lawatan sosial, bagi memastikan tidak berlaku salah guna serta masalah tinggal lebih tempoh.
"Mereka (pelancong) harus mengemukakan bukti bahawa mereka mempunyai tempat tinggal di Malaysia, wang sara diri yang mencukupi, dan hanya untuk melancong dengan mempunyai jadual perjalanan," katanya.
Operasi malam semalam melibatkan anggota dari Ibu Pejabat dan JIM Johor, yang membuat serbuan ke atas tiga premis di sekitar Johor Bahru.
Dalam serbuan yang dijalankan ke atas sebuah kilang di Taman Perindustrian Senai, 185 orang pekerja asing diperiksa dan 64 warganegara India yang didaftarkan dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) ditahan, kerana bekerja dalam sektor yang tidak dibenarkan.
"Dasar kerajaan adalah tidak membenarkan warganegara India bekerja di kilang dan mereka hanya boleh bekerja di sektor tertentu. Siasatan awal mendapati, kesemua pekerja India yang ditahan didaftarkan dalam Program RTK pada April lepas, dan disyaki kilang terbabit menggunakan perkhidmatan ejen untuk mendaftarkan pekerja berkenaan," katanya.
Menurutnya seramai 16 pekerja dari Nepal, Myanmar (tiga) dan Bangladesh (dua) turut ditahan, kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.
Selain itu beliau memaklumkan dalam operasi yang sama, 14 warganegara Thailand serta masing-masing seorang dari Laos dan Myanmar turut ditahan, hasil serbuan ke atas dua pusat spa yang menawarkan khidmat pelacuran.
Katanya kesemua tahanan dibawa ke lokap JIM dan majikan terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Antara pintu masuk antarabangsa utama untuk tujuan itu adalah KLIA dan Bangunan Sultan Iskandar, di Johor. (*Gambar ini diambil sebelum pandemik bermula). - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Malaysia sampaikan hasrat supaya Mesir buka sempadan - Speaker Dewan Rakyat
Hasrat itu telah disampaikan kepada Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Pakistan buka semua lintasan sempadan utama dengan Afghanistan
Pakistan membuka semula lintasan sempadan utama dengan negara jiran Afghanistan kepada semua jenis lalu lintas pada Sabtu.
COVID-19: China akan analisis sampel daripada pelawat luar negara untuk kenal pasti varian
China yang membuka sempadannya pada Ahad selepas tiga tahun sekatan akibat COVID-19 akan menganalisis sampel daripada penumpang luar negara yang positif koronavirus untuk menentukan varian.
Hong Kong rancang umum rancangan buka sempadan dengan Tanah Besar China
Pihak berkuasa menyasarkan untuk membuka semula semua pintu masuk antara kedua-dua pihak secara beransur-ansur, teratur dan menyeluruh.
Thailand wajar buka sempadan bersamanya dengan Myanmar mudahkan bantuan kemanusiaan
Malaysia dan Indonesia selaku anggota pengasas ASEAN perlu menerajui usaha untuk meminta Thailand membuka sempadannya dengan Myanmar bagi memudahkan usaha bantuan kemanusiaan dilaksanakan.
Buka sempadan: Padang Besar lengang, hanya 8 individu masuk ke Thailand
Keadaan itu tidak ubah seperti apa yang berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Wang Kelian, Perlis, 1 April lalu.
Seramai 204,927 pelawat Singapura masuki negara sejak 1 April - Nancy
Trend peningkatan itu memberi sinar harapan meyakinkan bahawa sektor pelancongan negara dalam landasan pemulihan positif.
Pembukaan sempadan negara: Peniaga kuih raya tidak menang tangan
Walaupun terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan, ada yang berdepan masalah pengeluaran produk kerana kekurangan tenaga pekerja.
Sarawak dipilih destinasi lawatan pelancong sempena MATTA Fair 2022
Penyertaan Sarawak dalam pameran pelancongan pengguna terbesar negara itu, adalah tepat pada masanya susulan pembukaan semula sempadan negara.
Tiga stesen minyak disiasat benarkan kenderaan asing isi RON95 - KPDNHEP
KPDNHEP menerima tujuh aduan berkaitan dakwaan itu setakat ini.