KUALA LUMPUR : Sebuah jabatan atau institusi khas untuk kanak-kanak perlu ditubuhkan di negara ini bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan kumpulan bawah umur itu.
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal
berkata, institusi sedia ada ketika ini menumpukan kepada pelbagai peringkat umur dan tiada jabatan khusus untuk kanak-kanak.
Menurut beliau, negara memiliki 9.7 juta kanak dan jumlah itu tidak sepadan untuk dijaga oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"JKM itu sendiri menjaga OKU (orang kurang upaya), mangsa banjir, akhirnya bahagian kanak-kanak itu di mana? Unit kanak-kanak di kementerian itu ada berapa orang? Itu tidak mencukupi.
"Kita perlukan bahagian kanak-kanak yang ada 300 ke 400 pegawai pelindung. Di negeri dan daerah pun, pegawai dia sekejap pakai topi (berkhidmat) pegawai pelindung, sekejap pakai topi pegawai pelindung, sekejap pegawai akhlak.
"Jadi saya harap kita perlu fokus dan kerajaan perlu serius untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak dan menjaga kepentingan dengan menubuhkan jabatan khas," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Ujarnya, terdapat kira-kira enam kementerian yang ada ketika ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan kanak-kanak.
Namun, tiada institusi khas hanya untuk kanak-kanak ditubuhkan dalam kementerian berkenaan.
"Melalui pengalaman saya, sebelum ini, apabila kita menelefon Kementerian Pendidikan misalnya, mereka tanya saya encik nak bercakap pasal apa. Saya kata, saya nak cakap pasal kanak-kanak. Namun, kadang-kadang mereka ajukan kepada bahagian yang tidak fokuskan kepada kanak-kanak.
"Jadi, kita tidak boleh work in silo, kita perlu gabungan yang terbaik dan selaraskan dan baru nampak mantapnya memberi kepentingan kepada kanak-kanak," katanya.
Selain itu, Noor Aziah berharap satu talian khas untuk kanak-kanak diwujudkan bagi memudahkan golongan itu menghubungi dan meluahkan perasaan mereka terutama dalam kes pengabaian atau penderaan.
"Kita perlukan satu talian khas supaya kanak-kanak sendiri boleh buat laporan. Mesti ada pakar yang boleh berbual dengan mereka sebab kita ada kes mental stress kalangan mereka. Sekurang-kurangnya pakar itu boleh beri ketenangan kepada mereka," ujarnya.
Katanya lagi, kesalinghubungan koordinasi dan data melibatkan pengabaian dan penderaan kanak-kanak perlu diselaraskan.
"Bagi saya, perlunya koordinasi ini. Kita memang mengkoordinasi dalam Pesuruhjaya Kanak-Kanak. NGO kanak-kanak juga perlu terlibat. Namun, kalau tidak ada koordinasi, maka di mana penyelarasannya?
"Kita perlu ambil kes ini secara serius bagi mengelak kes penderaan berlaku. Kita perlu menambah baik sistem yang ada," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Wed Dec 28 2022
Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, institusi sedia ada ketika ini menumpukan kepada pelbagai peringkat umur dan tiada jabatan khusus untuk kanak-kanak.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukkan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Hak kewarganegaraan: Berilah keadilan kepada kanak-kanak
Noor Aziah harap kerajaan menangguhkan perkara-perkara yang melibatkan anak angkat atau anak tidak sah taraf demi keadilan kanak-kanak tersebut.
JKM perlu kerap lakukan lawatan mengejut ke atas taska - Suhakam
Pemantauan tidak sepatutnya dilakukan sewaktu pendaftaran sesebuah taska, dan ketika taska itu hendak memperbaharu lesen semata-mata.
Pesuruhjaya Kanak-kanak pastikan hak, kebajikan mereka terjamin
Fungsi jawatan Pesuruhjaya Kanak-Kanak ialah memastikan sebarang pencabulan hak kanak-kanak diambil tindakan segera.
Jabatan, institusi khas untuk kanak-kanak perlu ditubuhkan - Pesuruhjaya Suhakam
Institusi sedia ada ketika ini menumpukan kepada pelbagai peringkat umur dan tiada jabatan khusus untuk kanak-kanak.
Tiba masa kerajaan buat undang-undang terperinci mengenai perkahwinan - Suhakam
Ketiadaan peraturan yang seragam terhadap setiap golongan masyarakat membolehkan perkahwinan bawah umur masih berlaku.
'Period spot checks' langgar hak, salah di sisi undang-undang
Hal ini kerana, wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual ketika melakukan perbuatan tersebut.
'Pemeriksaan datang bulan': Guru yang terbabit perlu didakwa - Suhakam
Noor Aziah juga berkata, perlakuan itu membuktikan wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual ketika melakukan perbuatan tersebut.
Empat sebab utama perkahwinan kanak-kanak di Malaysia dikenal pasti
Hasil kajian mendapati empat faktor utama yang menyebabkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur di Malaysia.
Didik kanak-kanak tentang bahaya ancaman pedofil
Kanak-kanak seawal usia lima tahun di negara ini perlu diberi pendedahan dan pendidikan mengenai bahaya ancaman jenayah seksual oleh pelaku pedofil.