awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Kesihatan Kelantan catat 52.9 peratus imunisasi MRSIA

Bernama
Bernama
24/09/2025
13:45 MYT
Jabatan Kesihatan Kelantan catat 52.9 peratus imunisasi MRSIA
Zaini berkata setakat 20 Sept lepas, sebanyak 48,396 kanak-kanak berusia enam hingga 59 bulan telah menerima suntikan vaksin MR. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan sedang melaksanakan Program Aktiviti Imunisasi Tambahan Measles dan Rubella (MRSIA) dan berjaya mencapai liputan 52.9 peratus selepas 48 hari pelaksanaannya.
Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata setakat 20 Sept lepas, sebanyak 48,396 kanak-kanak berusia enam hingga 59 bulan telah menerima suntikan vaksin MR, bersamaan dengan 52.9 peratus daripada sasaran keseluruhan 91,500 kanak-kanak di seluruh Kelantan.
"Daripada jumlah itu, 96.7 peratus penerima terdiri daripada warganegara manakala 3.3 peratus lagi bukan warganegara. Program ini terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira status vaksinasi sedia ada.
"Tiga daerah mencatatkan liputan melebihi 60 peratus, iaitu Jeli (81.0 peratus), Tanah Merah (67.5 peratus) dan Bachok (65.2 peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lima daerah lain merekodkan liputan antara 50 hingga 60 peratus, iaitu Pasir Puteh (54.8 peratus), Pasir Mas (53.2 peratus), Machang (53.0 peratus), Tumpat (51.7 peratus) dan Gua Musang (50.2 peratus).
Dr Zaini berkata dua daerah masih mencatatkan liputan bawah 50 peratus, iaitu Kota Bharu (44.6 peratus) dan Kuala Krai (48.8 peratus).
Beliau berkata pencapaian semasa membuktikan komitmen masyarakat serta usaha gigih petugas kesihatan bersama dengan pelbagai agensi bagi memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan daripada penyakit campak dan rubela.
"Namun, berdasarkan data Unit Kesihatan Keluarga, terdapat 12.8 peratus ibu bapa dan penjaga yang masih ragu-ragu untuk membawa anak mereka mendapat suntikan imunisasi tambahan MR.
"Jabatan kesihatan menyeru semua ibu bapa dan penjaga agar segera membawa anak-anak yang layak divaksin bagi melindungi mereka daripada penyakit campak dan rubela serta memperkukuh imuniti kelompok," katanya.
Beliau berkata kerjasama masyarakat amat diperlukan untuk mencapai sasaran liputan 95 peratus menjelang tarikh akhir program pada 12 Okt ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#imuniti kelompok
#petugas kesihatan
#vaksin
#Penyakit campak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan