awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Kesihatan Pahang sahkan satu kes batuk kokol di Rompin

Bernama
Bernama
19/08/2023
03:57 MYT
Jabatan Kesihatan Pahang sahkan satu kes batuk kokol di Rompin
Nor Azimi berkata semua pesakit telah diberi rawatan, dan berada dalam keadaan stabil. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) mengesahkan satu kes jangkitan Pertussis (batuk kokol) dikesan di Kampung Bahagia, Rompin dekat sini.
Pengarahnya Datuk Dr Nor Azimi Yunus dalam kenyataan di sini hari ini berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rompin melaporkan kes berkenaan baru-baru ini, yang melibatkan satu keluarga iaitu seorang ibu serta dua anaknya, dan keadaan adalah terkawal.
Beliau berkata semua pesakit telah diberi rawatan, dan berada dalam keadaan stabil, manakala PKD Rompin telah meningkatkan aktiviti pencegahan serta kawalan di persekitaran kawasan tempat tinggal pesakit.
"Aktiviti pendidikan kesihatan melalui ceramah, edaran risalah dan informasi di media sosial juga telah dilaksanakan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi mengulas penyebaran salinan surat makluman mengenai pengisytiharan wabak Pertussis di Rompin bertarikh 14 Ogos lepas, yang tular di media sosial baru-baru ini.
Dr Nor Azimi berkata JKNP akan terus memantau kejadian dan meningkatkan aktiviti pencegahan serta kawalan bagi memastikan penularan tidak berlaku.
Pertussis adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis dengan kuman disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung dan tekak.
Ia boleh dielakkan dengan pemberian imunisasi yang diberi kepada kanak-kanak pada umur dua, tiga, lima, dan 18 bulan, dan kanak-kanak yang mendapat pelalian lengkap hanya akan mengalami gejala ringan tanpa risiko komplikasi jika dijangkiti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#batuk kokol
#Jabatan Kesihatan Pahang
#Rompin
#Pertussis
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan