awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Kesihatan siasat kes kematian bayi baru lahir di Likas

Bernama
Bernama
22/06/2022
04:10 MYT
Jabatan Kesihatan siasat kes kematian bayi baru lahir di Likas
JKN Sabah sedang menyiasat kes kematian bayi baru lahir di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas pada Ahad lepas yang tular di media sosial. -Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah sedang menyiasat kes kematian bayi baru lahir di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas di sini pada Ahad lepas yang tular di media sosial.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin dalam kenyataan hari ini berkata siasatan itu dijalankan secara terperinci dan telus oleh JKN Sabah.
Beliau berkata ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital pada masa ini.
"Terlebih dahulu pihak JKN Sabah ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bayi ini.
"Pihak JKN Sabah mengambil perhatian serius mengenai kejadian ini dan sedang menjalankan siasatan terhadap semua maklum balas yang diterima bagi tujuan menambah baik mutu perkhidmatan kami," katanya.
Semalam, tular di media sosial dakwaan seorang wanita yang merupakan anggota keluarga kepada ibu dan bayi berkenaan menuntut siasatan dilakukan bagi mengetahui sama ada terdapat unsur kecuaian dalam kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKN Sabah
#kematian bayi di Likas
#Rose Nani Mudin
#Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan