Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Kelantan di Kampung Telok di Panji di sini dijangka dijadikan Pusat Analisis Ketum Zon Timur menjelang tahun 2022, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim.
Beliau berkata perkara tersebut telah dicadangkan pihak Jabatan Kimia Kelantan memandangkan berlakunya lambakan kes ketum di negeri ini yang menyumbang 40 peratus tangkapan kes dadah di Kelantan.
"Perkara ini dicadangkan sendiri oleh Jabatan Kimia Kelantan memandangkan perkembangan semasa yang berlaku di sini. Dengan adanya hasil kajian daripada pihak Jabatan Kimia ini, ia akan banyak membantu pelbagai pihak.
"Kita di bawah Jabatan Kimia sendiri ada beberapa pusat antaranya ialah Pusat Analisis DNA, Pusat Analisis Air dan kini dicadangkan pula pusat untuk analisis ketum," katanya kepada pemberita bersempena perasmian bangunan Jabatan Kimia Kelantan. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Mohamed Zaini Abdul Rahman.
Bangunan tersebut digunakan sejak 10 tahun lepas dengan melibatkan kos pembinaan sebanyak RM31.7 juta.
Ahmad Amzad berharap dengan adanya pusat-pusat analisis penting itu akan menyerlahkan lagi peranan jabatan yang kini sudah berusia 111 tahun.
"MOSTI melihat peranan yang dimainkan Jabatan Kimia Malaysia Kelantan penting selaras dengan perkembangan pembangunan yang akan memerlukan lebih banyak perkhidmatan berkait jabatan kimia," katanya.
Sementara itu, Mohamed Zaini dalam ucapannya berkata bagi tahun 2018 dan 2019, Jabatan Kimia Kelantan telah menerima masing-masing 2,477 dan 2,492 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 24 tan, tidak termasuk lima tan untuk tahun ini.
Katanya, dengan mengambil kira peningkatan kes tersebut, pihaknya mencadangkan penubuhan pusat tersebut melibatkan kawasan zon timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu.
"Ia akan mempercepatkan urusan pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam, Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan agensi-agensi lain," katanya.
Bernama
Sun Aug 23 2020
Terdapat lambakan kes ketum di negeri ini yang menyumbang 40 peratus tangkapan kes dadah di Kelantan. - Bernama
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Dakwaan simpan jenazah bayi: Hospital swasta disiasat - Dr Dzulkefly
KKM menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal membayar bil.
Jabatan Kimia Kelantan bakal jadi Pusat Analisis Ketum Zon Timur
Jabatan Kimia Malaysia Kelantan di Kampung Telok di Panji di sini dijangka dijadikan Pusat Analisis Ketum Zon Timur menjelang tahun 2022.