awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah

Bernama
Bernama
13/01/2024
03:40 MYT
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Tian Soon berkata beliau percaya kesemua kakitangan di jabatan itu dapat mematuhi SOP baharu tersebut. - Foto fail/BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Jabatan Patologi di sebuah hospital di negeri ini telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih ketat bagi mengelakkan kes rasuah membabitkan ahli patologi berlaku.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata beliau percaya kesemua kakitangan di jabatan itu dapat mematuhi SOP baharu tersebut.
Beliau berkata hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes itu dan mereka telah dipindahkan tempat kerja.
"Jika mereka yang disiasat ini ada buat salah, biarlah mereka berdepan dengan hukuman undang-undang.
"Namun sekiranya tidak bersalah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mempercepatkan siasatan tersebut supaya mereka yang tidak bersalah dapat membersihkan nama mereka dan Jabatan Patologi terbabit," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di Kota Iskandar di sini baru-baru ini.
Beliau berkata kerajaan negeri memandang serius kes tersebut dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) serta hospital terlibat sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk melakukan siasatan.
SPRM sebelum ini menahan seorang pegawai patologi sebuah hospital yang disyaki merasuah ahli patologi di sebuah hospital di negeri ini berhubung keputusan ujian saringan air kencing.
Penahanan tersebut dibuat susulan wujud persoalan berhubung ratusan kes dadah yang mungkin dilepaskan dan perlu disiasat semula, ekoran perbuatan ahli patologi itu.
Beberapa media melaporkan hasil siasatan SPRM mendapati 33 pegawai dan penolong pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh daerah di Johor dipercayai terbabit bersama ahli patologi itu sejak 2018.
Pada 10 Jan lepas, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilapor berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap sebahagian daripada 33 pegawai dan anggotanya yang terlibat dalam kes rasuah membabitkan ahli patologi di sebuah hospital.
Kamarul Zaman dipetik sebagai berkata mereka yang terlibat telah dipindahkan tempat kerja, supaya tidak lagi melakukan penugasan yang sama sehingga siasatan selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Patologi
#SOP
#Rasuah
#Ling Tian Soon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan