MALAYSIA
Jabatan Peguam Negara nafi pengampunan Anwar tidak sah
Jabatan Peguam Negara menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir bahawa pengampunan Anwar adalah tidak sah. - Foto dari laman web AGC
SHAH ALAM : Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak sah.
Jabatan berkenaan menegaskan bahawa suatu Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-51 telah diadakan pada hari Rabu 16 Mei 2018, jam 11.00 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur.
"Mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut telah dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dan turut dihadiri antaranya oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri selaku Perdana Menteri ketika itu," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di portal rasmi AGC pada Selasa.
AGC turut memaklumkan bahawa Peguam Negara pada masa itu telah memberikan pendapat bertulis untuk pertimbangan Lembaga Pengampunan, selaras dengan Fasal (9), Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Jabatan itu turut menegaskan bahawa sebarang dakwaan yang menjejaskan kewibawaan proses pengampunan yang telah dilaksanakan mengikut prosedur yang sah adalah tidak wajar sama sekali.
“AGC memandang serius kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat berhubung keputusan Lembaga Pengampunan kerana ia melibatkan kepentingan perlembagaan dan institusi negara,” tambah kenyataan itu.