awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Penasihat Undang-Undang negeri perlu terus proaktif - Ab Rauf

Bernama
Bernama
01/06/2024
22:15 MYT
Jabatan Penasihat Undang-Undang negeri perlu terus proaktif - Ab Rauf
Ab Rauf (duduk, depan, tengah) bergambar ramai selepas merasmikan Majlis Makan Malam Mesyuarat Bersama Penasihat Undang-Undang Negeri 2024 di Melaka malam tadi. - Facebook Ab Rauf Yusoh
MELAKA: Jabatan Penasihat Undang-Undang perlu terus proaktif dalam memastikan struktur pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri terutama aspek perundangan sentiasa berada di landasan tepat.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata di Melaka, signifikasi jabatan itu sangat jelas demi memastikan segala agenda dan hala tuju negeri seiring dengan dasar dan Pelan Strategik Melakaku Jaya 2035.
"Ini dapat dilihat apabila Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka menunjukkan pencapaian yang cemerlang dengan menyelesaikan dan memperoleh keputusan yang memihak kepada kerajaan negeri dalam pelbagai kes mahkamah seperti isu kontrak, konsensi penambakan laut, tuntutan tanah selain konflik undang-undang syariah serta sivil.
"Pencapaian ini merupakan satu tanda positif untuk mewujudkan suasana kondusif dalam memacu perkembangan dan kemajuan negeri baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kestabilan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Makan Malam Mesyuarat Bersama Penasihat Undang-Undang Negeri 2024 di sini malam tadi.
Hadir sama Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Peguam Cara Negara Datuk Almalena Sharmila Johan, Penggubal Undang-Undang Parlimen Datin Rozita Ramli dan Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Datuk Abd Aziz Engan.
Ab Rauf juga berkata Mesyuarat Bersama Penasihat Undang-Undang Negeri, yang berlangsung tiga hari sejak 31 Mei lepas, menghimpunkan lebih 22 penasihat dan penolong penasihat undang-undang seluruh Malaysia bagi merencanakan strategi pemantapan serta pembangunan institusi Penasihat Undang-Undang Negeri ke arah perkhidmatan cemerlang.
"Saya berharap mesyuarat ini dapat mencetuskan idea yang menjadi pemangkin ke arah perkembangan dan kemajuan institusi Penasihat Undang-Undang Negeri yang lebih dinamik, progresif serta berkualiti sekali gus membawa limpahan ekonomi kepada negeri dan negara.
"Malahan saya juga berterima kasih kepada Jabatan Peguam Negara yang banyak menyumbang kepakaran dan kerjasama selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang di samping mengambil kira kepentingan awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Penasihat Undang-Undang
#Ab Rauf Yusoh
#Melakaku Jaya 2035
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan