awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM

Bernama
Bernama
14/04/2024
04:16 MYT
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Mengikut garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan sebarang aktiviti luar bilik darjah tidak boleh dijalankan sekiranya suhu mencapai 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA TERENGGANU: Susulan kemunculan maklumat di laman sosial mengenai rungutan ibu bapa yang mendakwa ada sekolah merancang untuk mengadakan aktiviti merentas desa minggu ini, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.
Pengarah JPNT Jelani Ngah berkata mengikut garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) sebarang aktiviti luar bilik darjah tidak boleh dijalankan sekiranya suhu mencapai 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Beliau berkata pihaknya memberi arahan jelas kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya menangguhkan semua aktiviti luar luar bilik darjah dalam keadaan cuaca panas bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti strok haba.
"JPNT sentiasa memberi perhatian serius kepada isu kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya dalam keadaan cuaca panas yang melanda negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
#cuaca panas
#aktiviti luar bilik darjah
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan