awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Penerangan tangani maklumat tidak sahih hadapi PRU ke-14

Bernama
Bernama
16/05/2017
08:32 MYT
Jabatan Penerangan tangani maklumat tidak sahih hadapi PRU ke-14
Program-program bagi membasmi isu berkenaan seperti ceramah kesedaran akan diperhebatkan dari semasa ke semasa sehingga tarikh PRU14 diumumkan.
Jabatan Penerangan Malaysia akan terus membasmi isu maklumat tidak sahih dan yang diputar belit di dalam media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai satu persedian menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Timbalan Ketua Pengarahnya (Pengurusan), Datuk Almain Ajirul berkata program-program bagi membasmi isu berkenaan seperti ceramah kesedaran akan diperhebatkan dari semasa ke semasa sehingga tarikh PRU14 diumumkan.
"Kita sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU dengan itu kita gerakkan jentera yang ada dengan menyebarkan kepada masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak betul kerana maklumat yang betul mudah diputar belit.
Ini kerana masyarakat yang menggunakan media sosial kini dilihat tidak mengkaji kesahihan maklumat yang diutarakan bila mereka memberi satu pandangan, dan menyebabkan ramai yang menyokong walaupun tidak mengetahui isi cerita yang sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam sempena Kembara Media Negaraku, di sini, semalam.
Katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga telah melancarkan satu laman web sebenarnya.my bagi rujukan orang ramai dan pengguna media sosial.
Mengulas mengenai program Kembara Media Negaraku, beliau berkata ia bagi memberi pendedahan kepada pengamal media supaya dapat menghebahkan maklumat sekali gus mempromosi usaha dan kejayaan kerajaan dalam pelaksanaan dasar serta perkhidmatan kepada rakyat.
"Usaha ini juga dapat memperkukuhkan jaringan komunikasi strategik dalam aspek perkongsian dan pemasaran maklumat antara Jabatan Penerangan dan agensi media," katanya.
Dalam program selama tiga hari yang berlangsung di negeri ini, peserta dibawa melawat Projek Rumah Komuniti Parlimen Besut, Projek Mencegah Hakisan Pantai di Pantai Tok Jembal serta pembangunan Projek Drawbridge yang dikendalikan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Almain Ajirul
#PRU
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan