awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Penjara perjelas isu banduan cuci kereta anggota

Bernama
Bernama
12/12/2021
14:19 MYT
Jabatan Penjara perjelas isu banduan cuci kereta anggota
Semalam, tular di media sosial satu tangkap layar mendakwa seorang pegawai Jabatan Penjara menyuruh seorang banduan mencuci kereta miliknya. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara hari ini menjelaskan berhubung isu gambar seorang penghuni penjara mencuci kenderaan seorang anggota jabatan itu yang tular di laman sosial, merupakan individu dilatih dan terlibat dalam program pemulihan luar penjara dikenali sebagai Banduan Kerja Luar Penjara (BKLP).
Jabatan Penjara dalam kenyataan memberitahu setiap banduan yang terlibat, telah menjalani saringan ujian fizikal dan mental tertentu untuk menjalani BKLP, dengan pemantauan anggota penjara selain turut menerima gaji hasil daripada pekerjaan mereka lakukan.
"Kebanyakan institusi penjara menawarkan perkhidmatan mencuci kenderaan dan ia turut dibuka kepada orang awam dengan kadar harga bayaran berpatutan dan perkhidmatan berkualiti.
"Masyarakat setempat yang berhasrat menggunakan perkhidmatan ditawarkan itu, dialu-alukan untuk berhubung dengan penjara berdekatan sebagai tanda sokongan masyarakat setempat terhadap program pemulihan Jabatan Penjara, dalam menyediakan peluang pekerjaan dan kerjaya kepada penghuni apabila dibebaskan," menurut kenyataan itu.
Semalam, tular di media sosial satu tangkap layar mendakwa seorang pegawai Jabatan Penjara menyuruh seorang banduan mencuci kereta miliknya.
Tangkap layar berkenaan mengundang pelbagai kecaman, yang menganggap pegawai berkenaan menggunakan banduan itu untuk kepentingan peribadinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Penjara
#banduan cuci kereta
#anggota jabatan penjara
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan