awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Perangkaan iktiraf 49 saintis data, pencapaian ketara

Bernama
Bernama
20/03/2023
20:40 MYT
Jabatan Perangkaan iktiraf 49 saintis data, pencapaian ketara
Mohd Uzir berkata 30 orang pegawai jabatan telah menjalani Program SAS-Certified Data Scientist bermula pada Oktober 2022 hingga Mac 2023. - Foto fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Jabatan Perangkaan telah memperoleh pencapaian yang ketara dengan mengiktiraf 49 Saintis Data setakat ini, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
"Saintis Data ini mempunyai kemahiran penting dalam bidang statistik, penyusunan data, analisis lanjutan, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin yang membolehkan jabatan meningkatkan kapasiti dalam menyediakan dasar berpandukan data yang komprehensif dan tepat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata 30 orang pegawai jabatan telah menjalani Program SAS-Certified Data Scientist bermula pada Oktober 2022 hingga Mac 2023, dan sebelum itu pada 2018 dan 2021, 19 Saintis Data telah terlibat dalam program yang sama.
Program SAS-Certified Data Scientists mewakili usaha berterusan bagi meningkatkan kapasiti Saintis Data dan membolehkan penggunaan penuh aplikasi sains data dalam menghasilkan statistik rasmi.
"Pensijilan Saintis Data merupakan langkah penting dalam menghadapi perubahan teknologi yang berkembang pesat, permintaan industri dan revolusi perindustrian," katanya.
Pada masa ini, jabatan sedang menjalankan beberapa projek berkaitan Analitik Data Raya, termasuk Statistics Big Data Analytics (StatsBDA), Statistics Data Warehouse (StatsDW), Malaysia Integrated Population Census System (MyIPCS), Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS), dan Labour Market Information and Analytics Platform (LMIAP).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Uzir Mahidin
#saintis data
#Jabatan Perangkaan
#statistik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan