awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Perhutanan cari 18 individu daki Gunung Panti tanpa permit

Bernama
Bernama
27/12/2020
08:33 MYT
Jabatan Perhutanan cari 18 individu daki Gunung Panti tanpa permit
JPNJ dalam masa sama menasihati orang awam agar mematuhi perundangan dan peraturan yang ditetapkan berkaitan kemasukan ke dalam mana-mana kawasan Hutan Simpanan Kekal. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU:Seramai 18 individu dipercayai menceroboh Hutan Simpan Panti dekat Kota Tinggi dengan menganjurkan aktiviti mendaki tanpa permit pada 20 Dis lepas.
Menerusi hantaran dalam laman Facebook rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), aduan aktiviti sekumpulan individu itu diterima pihaknya menerusi e-mel dan hasil semakan mendapati terdapat gambar aktiviti itu yang telah dimuat naik dalam akaun Facebook atas nama 'Austin Glenn-Hiking Johor'.
Sehubungan itu, JPNJ telah membuat satu laporan polis dan memohon kepada peserta yang terlibat untuk hadir bagi memberikan keterangan di Pejabat Renjer Hutan Kota Tinggi.
Menurutnya, peserta yang terlibat dimohon untuk tampil memberikan keterangan dan rakaman percakapan dalam tempoh satu minggu sebelum tindakan selanjutnya diambil oleh JPNJ mengikut undang-undang sedia ada.
"Untuk makluman, kawasan pendakian dan rekreasi di Hutan Simpan Panti adalah di bawah pengurusan atau seliaan JPNJ dan disyaki peserta tersebut telah memasuki Hutan Simpan Panti tanpa permit.
"Sehubungan itu, kemasukan ke kawasan tersebut tanpa Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 47 Akta 313 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
JPNJ dalam masa sama menasihati orang awam agar mematuhi perundangan dan peraturan yang ditetapkan berkaitan kemasukan ke dalam mana-mana kawasan Hutan Simpanan Kekal.
"JPNJ juga ingin menasihatkan orang awam agar segala aktiviti pendakian dan rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal perlu mendapatkan Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal yang sah sebelum aktiviti tersebut dijalankan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis itu.
Beliau berkata laporan itu dibuat di Balai Kota Tinggi pada 25 Dis lepas, lalu dirujuk ke Balai Polis Batu Ampat berikutan lokasi kejadian berlaku di kawasan berkenaan.
"Laporan dirujuk kepada agensi berkaitan untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perhutanan
#Gunung Panti
#pendaki
#daki gunung tanpa permit
#hutan simpan panti
#hiking
#ceroboh
#Johor
#Austin Glenn-Hiking Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan