awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Perhutanan Johor cadang wajibkan khidmat malim gunung

Bernama
Bernama
24/03/2022
21:20 MYT
Jabatan Perhutanan Johor cadang wajibkan khidmat malim gunung
JPNJ bercadang mewajibkan semua aktiviti pendakian di Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu menggunakan perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP) bermula Januari tahun depan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) bercadang mewajibkan semua aktiviti pendakian di Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu menggunakan perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP) bermula Januari tahun depan.
Pengarah Perhutanan Negeri Johor Datuk Salim Aman berkata inisiatif itu bertujuan memastikan semua aktiviti kembara ekopelancongan berjalan dengan selamat dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.
"MGP ini bukan hanya sebagai pemandu arah, tetapi termasuk juga membantu urusan mendapatkan permit, urusan di balai polis dan urusan membawa pendaki dalam keadaan teratur dari mula naik (mendaki) sehingga turun. Kita hendak pastikan pendakian diuruskan sepenuhnya.
"Kita akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri untuk menentukan kawasan mana yang memerlukan perkhidmatan ini, namun untuk permulaan kita sarankan di kawasan HSK," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Latihan Reskill dan Upskill Eko Pelancongan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli: Kursus Asas MGP di Bukit Indah, di sini pada Khamis.
Beliau berkata JPNJ akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk menetapkan bayaran bagi perkhidmatan berkenaan bersesuaian dengan pakej diambil oleh pendaki atau pelancong.
Salim berkata cadangan mewajibkan menggunakan perkhidmatan MGP itu pada asalnya hendak dilaksanakan bermula Januari tahun ini, namun terpaksa ditangguhkan ke tahun depan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda negara.
"Perkhidmatan ini juga boleh menjadi satu lagi tarikan pelancongan khususnya bagi mempromosi aktiviti kembara ekopelancongan di negeri ini, yang mana kita tahu menjadi tumpuan masyarakat negara jiran terutamanya pelancong dari Singapura," katanya.
Menurut beliau sehingga kini, terdapat 180 MGP ditauliahkan secara rasmi sebagai pemandu arah bagi individu yang mahu melakukan aktiviti pendakian di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#malim gunung
#Jabatan Perhutanan Johor
#aktiviti pendakian
#Hutan Simpan Kekal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan