JERTIH: Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sedang giat mengembangkan ternakan ikan susu di seluruh negara.
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Adnan Hussain berkata ikan susu telah lama popular di luar negara seperti Filipina dan Indonesia malah permintaan dalam pasaran negara juga telah menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.
"Pengeluaran ikan tersebut telah meningkat kepada 9,276 tan metrik pada tahun lepas berbanding hanya 2,819 tan metrik pada 2021," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Alternatif Ikan Marin Jabatan Perikanan Malaysia di Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Tanjung Demong di sini pada Ahad.
Adnan berkata setakat ini hanya sebuah syarikat di Batu Lintang, Sungai Petani, Kedah menjalankan penternakan ikan susu secara komersial di negara ini.
Beliau berkata bagaimanapun pengusaha berkenaan terpaksa mengimport benih ikan susu dari luar negara dan bekalan tersebut masih agak terhad.
"Justeru, IPP Tanjung Demong telah menjalankan penyelidikan benih ikan susu dan pembangunan baka bagi meningkatkan kualiti induk.
"Bermula 4 Julai lepas, sebanyak 11 ekor induk ikan susu bersama 30,000 anak benih berusia 14 hari telah dibawa masuk ke Malaysia dan dibiak di IPP Tanjung Demong," katanya yang turut menyerahkan benih ikan susu kepada 10 penternak ikan marin dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Menurut Adnan, hasilnya induk ikan susu untuk pertama kalinya bertelur sebanyak 100,000 telur pada 3 Ogos lepas dan setakat hari ini sebanyak 4.6 juta telur sudah dihasilkan.
Beliau berkata ikan tersebut lebih mudah diternak berbanding ikan marin lain seperti siakap, kerapu atau jenahak dan pihaknya menyasarkan pada 2025, bekalan ikan susu akan dapat menampung keperluan permintaan yang tinggi terhadap spesies ikan marin dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023
Adnan berkata setakat ini hanya sebuah syarikat di Batu Lintang, Sungai Petani, Kedah menjalankan penternakan ikan susu secara komersial di negara ini. - Foto worldfishcenter.org
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
DOF nafi ketua pengarahnya dakwa terdapat kedai makan beli ayam sakit, kutip ayam mati
Jabatan Perikanan menafikan Ketua Pengarahnya mengeluarkan kenyataan serta mendakwa terdapat kedai makan yang membeli ayam sakit dengan harga murah atau mengutip ayam mati secara percuma.
Larangan penuaian, penjualan kupang di perairan Port Dickson ditarik serta-merta
Jabatan Perikanan Malaysia menarik balik larangan penuaian dan penjualan kerang-kerangan termasuk kupang di perairan Port Dickson dan Melaka.
Aduan salah laku integriti: DOF jamin tindakan tegas, siasatan secara holistik
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) akan mengambil tindakan tegas dan hukuman setimpal terhadap kakitangan yang didapati melanggar etika dan peraturan jabatan.
Jumlah pendaratan penyu di negara ini meningkat - DOF
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) merekodkan jumlah pendaratan penyu di perairan negara ini meningkat sebanyak 11.17 peratus pada tahun lepas.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Peralatan tangkap ikan haram bernilai lebih RM615,000 dirampas di Kedah, Perlis
1,494 unit bubu naga serta peralatan menangkap ikan haram bernilai RM615,280 dirampas dalam operasi khas dilaksanakan Jabatan Perikanan Malaysia.
Jabatan Perikanan giat kembangkan ternakan ikan susu
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sedang giat mengembangkan ternakan ikan susu di seluruh negara.
Hebahan tentang ikan tilapia tidak selamat dimakan adalah palsu - DOF
DOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan ikan tilapia adalah ikan yang diternak dengan pemberian makanan rumusan menggunakan sumber protein daripada ikan dan tumbuhan.