KUALA TERENGGANU: Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menahan 27 nelayan kerana melanggar syarat lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang 12 batu nautika dari Kuala Merchang dekat Marang awal pagi semalam.
Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu Ruzaidi Mamat berkata 22 nelayan tempatan dan lima warga Myanmar yang menaiki dua vesel kelas C (pukat jerut dan pukat tunda) ditahan antara 1 hingga 4.30 pagi.
"Selain itu, kita turut menyita dua vesel tersebut dan tangkapan 4,000 kilogram hasil laut dengan keseluruhan nilai dianggarkan RM3 juta.
"Kesemua kru serta dua vesel yang berpangkalan di Kuala Besut dan Kuantan, Pahang itu dibawa masuk ke Pangkalan Perlindungan Sumber Pulau Kambing di sini untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Penahanan itu hasil operasi pemantauan, pengawalan dan survelan (MCS) dijalankan oleh Unit Perlindungan Sumber Perikanan Terengganu di kawasan perairan Pulau Kapas hingga Dungun.
Ruzaidi berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan tindakan kompaun.
"Pemantauan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa dan kami tidak sesekali berkompromi dengan mereka yang tidak mematuhi Akta Perikanan 1985," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021
Jabatan Perikanan Negeri Terengganu tidak sesekali berkompromi dengan mereka yang tidak mematuhi Akta Perikanan 1985. - Gambar fail / Facebook Pejabat Perikanan Negeri Terengganu
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Empat bot pukat tunda nelayan Pahang ditahan di perairan Terengganu
Kesemua bot tempatan itu ditahan bersama 18 awak-awak di kawasan enam hingga lapan batu nautika dari Pantai Kuala Mercang.
31 ekor penyu mati dalam tempoh 3 bulan
Jumlah itu agak tinggi bagi tempoh suku pertama tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya.
35 pukat pari dipercayai akibatkan kematian penyu dirampas
Langkah itu bagi membanteras penggunaan pukat pari yang dipercayai menjadi punca utama kematian penyu di negeri Terengganu.
Kecuaian manusia antara punca utama peningkatan kes kematian penyu
Sehingga kini sebanyak 17 kes kematian penyu direkodkan di seluruh Terengganu.
Dua bangkai penyu ditemukan di pantai Terengganu
Dua bangkai penyu Agar ditemukan terdampar di pesisir Pantai Batu Burok, di sini dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus hari ini.
Obor-obor beracun muncul kembali di pantai Terengganu
Fasa musim Monsun Timur Laut pada masa ini menjadi antara faktor obor-obor berkenaan terdampar di perairan Pantai Timur.
Jabatan Perikanan Terengganu tahan 27 nelayan langgar syarat lesen
Turut disita, dua vesel dan tangkapan 4,000 kilogram hasil laut dengan keseluruhan nilai dianggarkan RM3 juta.