MALAYSIA
Jabatan Pertanian siap siaga hadapi banjir, aktifkan bilik gerakan
Semua Jabatan Pertanian negeri kini bersiap sedia menghadapi musim hujan berterusan termasuk mengenal pasti kawasan hotspot banjir yang berisiko menjejaskan sektor pertanian khususnya di Pantai Timur dan Johor. - Foto hiasan
MELAKA: Semua Jabatan Pertanian negeri kini bersiap sedia menghadapi musim hujan berterusan termasuk mengenal pasti kawasan hotspot banjir yang berisiko menjejaskan sektor pertanian khususnya di Pantai Timur dan Johor.
Ketua Pengarah Pertanian Datuk Nor Sam Alwi berkata perkara berkenaan merangkumi mengaktifkan bilik gerakan dengan dilengkapi talian khas bagi memastikan maklumat kerosakan dapat diperoleh segera agar petani, penternak serta pegawai di lapangan dapat membuat tindakan awal.
"Data daripada hasil laporan akan digunakan untuk menyelaras bantuan bersesuaian kepada petani yang terkesan termasuk sokongan semula tanaman dan peralatan asas.
"Pada masa sama, kita juga telah memaklumkan agar mana-mana tanaman yang boleh dituai sebelum banjir dapat dilakukan segera, di samping menggalakkan petani di kawasan pernah terjejas banjir membina para untuk meletakkan polibeg lebih tinggi, selain mengikuti jadual tanaman dan kawalan air bagi mengurangkan risiko kerosakan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sekolah Angkat MADANI (SAM) di Sekolah Kebangsaan Limbongan, Klebang di sini hari ini.
Nor Sam berkata tanaman yang paling berisiko terjejas pada musim hujan ialah sayur-sayuran kerana kebanyakan ditanam di batas rendah, manakala buah-buahan tidak terlalu terkesan selepas musim puncak berakhir.
"Dari segi bekalan makanan terutama sayuran, kita yakin stok mencukupi dan tidak menjangka gangguan ketara kerana jika berlaku kekurangan sayur, kita boleh lakukan pengimportan bagi menstabilkan pasaran," katanya.
Terdahulu, pada majlis itu, beliau menyerahkan peruntukan RM100,000 masing-masing kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Limbongan dan SK Tengkera 2 di bawah program SAM, inisiatif yang disifatkan mampu meningkatkan kemudahan serta penyelenggaraan sekolah, sekali gus memberi manfaat kepada ratusan pelajar di kedua-dua institusi.
"Program sebegini amat bermakna kerana peruntukan melalui ketua-ketua pengarah jabatan dan agensi ini dapat membantu meningkatkan aspek penyelenggaraan dan menambah fasiliti sekolah agar lebih kondusif untuk digunakan oleh murid dan guru.
"Sudah tentu saya mengharapkan program sebegini diteruskan dengan ketua-ketua pengarah ini diberi sejumlah peruntukan bagi membantu memperkukuh pembangunan sosial, sahsiah dan kesejahteraan murid," katanya.
Nor Sam berkata menerusi peruntukan RM100,000 berkenaan, sejumlah projek berjaya disiapkan di SK Limbongan iaitu pembinaan bumbung 'drop off' untuk keselamatan 500 murid ketika hujan, penutup longkang, papan tanda baharu dan tempat letak basikal serta menaik taraf gazebo serta struktur dewan terbuka sekolah.
-- BERNAMA