awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan urus kes tunggakan pembahagian harta pusaka akan ditubuh - Takiyuddin

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
07/05/2022
06:23 MYT
Jabatan urus kes tunggakan pembahagian harta pusaka akan ditubuh - Takiyuddin
Kata Takiyuddin, JPA sedang meneliti permohonan menaik taraf unit berkenaan yang turut berada di bawah kementeriannya. - Gambar fail
KOTA BHARU: Sebuah jabatan baharu akan diwujudkan bagi menguruskan kes-kes tunggakan pembahagian harta melibatkan tanah pusaka dan harta pusaka.
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata bahagian dikenali sebagai Unit Pembahagian Pusaka di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian itu akan dinaik taraf menjadi sebuah jabatan.
"Peranan jabatan ini menguruskan pembahagian pusaka untuk orang Islam terutama yang bernilai RM600,000 ke bawah, RM600,000 ke atas kena pergi mahkamah.
“Peranan Unit Pembahagian Pusaka cukup besar kerana semua orang Islam sedikit sebanyak mempunyai harta pusaka, saya berhasrat mempertingkatkan unit ini kepada satu jabatan yang mempunyai Ketua Pengarah,” katanya.
Takiyuddin berkata demikian di sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Kota Bharu di sini hari ini.
Katanya lagi, kes melibatkan harta pusaka khasnya tanah atau harta tidak alih dan harta alih membabitkan kenderaan, kereta dan sebagainya juga akan dikendalikan oleh unit berkenaan.
Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) katanya sedang meneliti permohonan menaik taraf unit berkenaan yang turut berada di bawah kementeriannya.
Jabatan berkenaan akan diwujudkan bila-bila masa tahun ini selepas JPA meneliti proses perjawatan dan sebagainya.
Tambahnya, terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan jabatan itu kerana terdapat kes-kes tunggakan dalam tuntutan harta pusaka.
Topic Berkaitan
#jabatan baharu
#Takiyuddin Hassan
#tanah pusaka
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan