ANKARA: Pemain Real Madrid menunjukkan sokongan kepada rakan sepasukan mereka Vinicius Jr pada Rabu selepas bintang penyerang Brazil itu menjadi sasaran ejekan berbaur perkauman pada hujung minggu lalu, lapor Anadolu.
Sebelum aksi La Liga Sepanyol menentang Rayo Vallecano di Stadium Santiago Bernabeu Madrid, semua pemain Real Madrid tampil dengan memakai baju No 20 Vinicius Jr sebagai tanda solidariti.
Vinicius Jr pula muncul di padang dengan pakaian kasual untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya.
Pemain Real Madrid dan Rayo Vallecano memegang sepanduk merah yang tertera "Rasis, nyah dari bola sepak," sebagai sebahagian daripada kempen yang dilancarkan oleh badan bola sepak Sepanyol RFEF pada Selasa.
Pada minit ke-20 perlawanan, penyokong melaungkan nama Vinicius Jr bagi menunjukkan solidariti mereka dengan satu sepanduk besar dilihat di tempat duduk di belakang gol berbunyi "Kami semua Vinicius, itu sudah cukup."
Real Madrid menang 2-1 dalam perlawanan itu, menerusi jaringan Karim Benzema dan Rodrygo muncul sebagai penjaring.
Beraksi untuk Real Madrid sejak 2018, Vinicius Jr, 22, menjadi sasaran ejekan semasa perlawanan La Liga di Stadium Mestalla menentang Valencia.
Sekumpulan peminat menggelar Vinicius sebagai "monyet", kiasan perkauman yang digunakan untuk menghina orang kulit hitam.
Kelab dan pemain turut menghantar mesej solidariti kepada pemain bola sepak Brazil itu.
Valencia "mengutuk sekeras-kerasnya" perbuatan itu, berikrar untuk mengenakan tindakan terhadap suspek di Mestalla dan membuka kes tatatertib.
Sementara itu, Stadium Mestalla akan ditutup sebahagiannya untuk lima perlawanan berikutnya, kata RFEF. Valencia juga didenda EUR45,000 (US$48,525).
Polis Sepanyol menahan tiga orang muda di Valencia kerana didakwa melakukan jenayah kebencian terhadap bintang Real Madrid itu.
--BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Thu May 25 2023

Sekumpulan peminat menggelar Vinicius sebagai "monyet", kiasan perkauman yang digunakan untuk menghina orang kulit hitam. - Gambar AP

Tandas awam Plaza Tol Tapah ditutup esok sehingga 11 Ogos
Tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol Tapah di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup selama dua bulan mulai esok hingga 11 Ogos bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf kemudahan tersebut.

Wan Saiful mohon ketepikan tuduhan kes rasuah
Wan Saiful memfailkan permohonan untuk mengetepikan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa yang dihadapinya.

Meneladani Korea Selatan: Mengambil contoh pada yang sudah, mengambil tuah pada yang menang
Korea Selatan menghargai bahasanya dengan mengisytiharkan 9 Oktober sebagai cuti umum bagi memperingati Hari Hangeul atau Hari Abjad Korea.

Harga petrol RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM3.35 seliter kepada RM3.37 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Jun.

Isu air di UMS, Anwar umum peruntukan RM3 juta
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ujian rintis 'SmartLane' di Lebuhraya ELITE bermula esok, bantu lancar trafik USJ-Seafield - PLUS
Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam 'SmartLane' di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bermula esok sehingga 31 Ogos.

Zahid gesa SKMM pantau hantaran isu agama, perkauman oleh pemimpin politik
Dapatan utama kajian Pemantauan Media Sosial Pada PRU15 oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mendapati sememangnya ada pemimpin politik yang cuba menyentuh isu sensitif itu di media sosial.

Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".

Angkasawan persendirian AS tamat misi, pulang ke bumi
Kapal angkasa Dragon SpaceX yang membawa empat angkasawan persendirian Axiom Space selamat pulang ke bumi sekali gus menamatkan misi angkasawan persendirian kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas.

Remaja mati otak selepas bergaduh di perlawanan bola sepak
Seorang remaja berusia 15 tahun dari Berlin disahkan mati otak akibat cedera dalam pergaduhan pada kejohanan bola sepak remaja antarabangsa di Frankfurt.

Tawar siaran perlawanan bola sepak secara haram, lima individu dipenjara
Kumpulan itu didakwa menerima langganan pengguna dari UK, Qatar, Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan menstrimnya melalui perkhidmatan Flawless

PFAM terima laporan tunggakan gaji Kelantan FC
Presiden PFAM harap pemain lain berani ke depan membuat laporan supaya boleh buat perbincangan selanjutnya.

Piala FA: KL City ke separuh akhir selepas bangkit atasi Sabah
Juara tiga kali, Kuala Lumpur City FC menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas hari ini.

Arab Saudi sedia bergelar 'hub bola sepak dunia' - Pengarah WFS
Untuk muncul sebagai pusat bola sepak dunia, Arab Saudi akan menjadi hos persidangan antarabangsa Disember depan.

Kelayakan Piala Asia B-23: Malaysia berdepan laluan berliku
Pada majlis undian kejohanan itu Khamis, turut diundi bersama Malaysia dan Thailand dalam kumpulan H ialah Bangladesh dan Filipina.

Jadi sasaran perkauman, pemain Real Madrid zahir sokongan buat Vinicius Jr
Pemain Real Madrid menunjukkan sokongan kepada rakan sepasukan mereka Vinicius Jr pada Rabu selepas bintang penyerang Brazil itu menjadi sasaran ejekan berbaur perkauman pada hujung minggu lalu.

Elavarasan boleh buat lebih baik - Mohd Yusoff
Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengakui terkejut dengan prestasi hambar yang ditampilkan Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pada Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini.

Selangor berpesta gol benam Perak 4-0
Selangor FC bagaimanapun hanya berhasil menembusi kubu Bos Gaurus memasuki lima minit terakhir sebelum wisel separuh masa pertama ditiup.

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara
"Saya masih ingat pertemuan pertama dengan arwah, dia seorang yang sangat mesra dan merendah diri dan dia juga meminati sukan bola sepak."