PETALING JAYA: Bidang keusahawanan perlu dijadikan kerjaya utama rakyat di negara ini dalam meningkatkan pendapatan mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata menerusi bidang berkenaan rakyat mudah memperoleh pendapatan tinggi dan dapat membantu membangunkan serta memajukan negara.
"Negara lain maju kerana rakyatnya ramai jadi usahawan. Semakin ramai usahawan di sesebuah negara lagi cepat negara itu maju," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Prapelancaran Hari Usahawan Negara (HUN) 2023 di sini, malam ini.
Ahmad berkata apa yang berlaku sekarang ada pemegang ijazah tetapi mendapat gaji taraf Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Kita nak rakyat Malaysia pilih usahawan sebagai kerjaya utama," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad berkata Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) dalam usaha untuk mewartakan Hari Usahawan Negara (HUN) sebagai acara rasmi di negara ini.
Beliau berkata cadangan itu akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapat pertimbangan dan persetujuan kerajaan bagi mewartakan ketetapan tarikh sambutan HUN.
"Usaha DPUKM kini untuk HUN diiktiraf sebagai satu acara rasmi negara seperti Hari Sukan Negara, Hari Belia, Hari Guru, Hari Pekerja dan sambutan rasmi hari-hari lain," katanya.
HUN 2023 akan diadakan pada 28 hingga 30 Julai ini di Dataran Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan menandatangani plak perasmian sempena Pra-Pelancaran Hari Usahawan Negara 2023 malam ini. - Foto BERNAMA
Malaysia semakin hampiri sasaran 27 pingat
Tiada tambahan pingat buat kontinjen Malaysia dalam saingan Sukan Asia Hangzhou 2022 untuk hari ini.
Begitupun, atlet negara kini semakin menghampiri sasaran 27 pingat dengan beberapa acara melibatkan atlet kebangsaan dijadualkan pada Khamis.
Untuk butiran lanjut, kita bersama wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam dari Hangzhou, China.
Begitupun, atlet negara kini semakin menghampiri sasaran 27 pingat dengan beberapa acara melibatkan atlet kebangsaan dijadualkan pada Khamis.
Untuk butiran lanjut, kita bersama wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam dari Hangzhou, China.
Mesyuarat Kabinet tidak sentuh mengenai rombakan
Datuk Seri Khaled Nordin, yang juga Naib Presiden UMNO berkata, mesyuarat jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak menyentuh mengenai rombakan Kabinet.

Sukan Asia: Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa
Jumlah insentif itu masih dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan MSN Perak namun ia akan diberikan dalam masa terdekat.
Tumpu usaha perkukuh ASEAN sebagai ‘bakul makanan dunia’
Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan Asean sebagai ‘bakul makanan dunia.’
Hujan di beberapa kawasan kurangkan jerebu
Mujur beberapa kawasan sekitar Lembah Klang dapat mengurangkan jerebu hari ini.
Tanya AI: Bagaimana jerebu boleh jejaskan kesihatan?
Penyampai AI, Joon, beri penjelasan bagaimana jerebu boleh bahayakan kesihatan.
[TERKINI] Kerugian jenayah dalam talian hampir RM2 bilion
Kerugian akibat jenayah dalam talian terus meningkat kepada hampir RM2 bilion bagi tempoh 2021 hingga September lalu.

Malaysia utus surat kepada Indonesia selesai masalah jerebu rentas sempadan - Nik Nazmi
Malaysia telah menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).
Malaysia hantar surat kepada indonesia
Malaysia melaksanakan tindakan susulan dengan menghantar surat kepada Indonesia berhubung masalah jerebu rentas sempadan.
Diskaun PTPTN mungkin tidak diteruskan
Kerajaan mungkin tidak akan meneruskan lagi pemberian diskaun untuk tujuan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya utama - Ahmad Maslan
Bidang keusahawanan perlu dijadikan kerjaya utama rakyat di negara ini dalam meningkatkan pendapatan mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.