awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadikan China sebagai contoh untuk Malaysia jadi negara maju - Tun Mahathir

Wan Syamsul Amly, Firdaus Azil
Wan Syamsul Amly, Firdaus Azil
01/04/2019
15:12 MYT
Jadikan China sebagai contoh untuk Malaysia jadi negara maju - Tun Mahathir
MAHATHIR: China kini berkemampuan untuk membina dan menghantar satelit ke angkasa, serta membina jet pejuang sendiri. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tiada salahnya jika China dijadikan sebagai salah satu negara contoh untuk Malaysia memandang ke hadapan, seterusnya mencapai visi menjadi negara maju, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, pada satu ketika dahulu, China agak ketinggalan di belakang Malaysia, namun kini negara itu berjaya menjadi kuasa dominan di peringkat global, dan kualiti rakyat China seperti rajin berusaha, patut dicontohi rakyat di negara ini.
“Tidak berapa lama dahulu, China merupakan sebuah negara membangun dengan kapasiti yang rendah. Tetapi kerana mereka kerja keras, mereka mahu jadi negara maju, mereka cepat-cepat menguasai kesemua teknologi baharu.
“Mereka dahulu ketinggalan di belakang kita. Tetapi mereka mengejar objektif untuk menjadi negara maju, negara yang kaya. Kita juga boleh berbuat demikian,” katanya ketika sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama dasar di Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia, di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Isnin malam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan seorang hadirin, yang mahu mengetahui sama ada wajar atau tidak China dijadikan contoh kepada Malaysia.
Menjawab lanjut, Tun Mahathir berkata, China kini berkemampuan untuk membina dan menghantar satelit ke angkasa, serta membina jet pejuang sendiri.
“Kita juga mampu melakukan demikian. Dahulu ketika kereta mereka (Chery) cuba dijual di Malaysia, tak laku. Tapi baru-baru ini, Proton bekerjasama dengan sebuah syarikat kenderaan China (Geely). Dan (Proton) X70 akhirnya menjadi lebih baik berbanding kebanyakan kereta buatan Eropah.
“Kita boleh buat, tetapi kita tak mahu buat. Kalau ada culture atau budaya yang betul, kita mampu mengejar..,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#China
#kuasa peringkat global
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#negara contoh
#negara maju
#rakyat china
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan