awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadikan lancar perang satu jenayah, walaupun ambil masa 100 tahun - Dr Mahathir

Bernama
Bernama
15/09/2015
10:28 MYT
Jadikan lancar perang satu jenayah, walaupun ambil masa 100 tahun - Dr Mahathir
TUN MAHATHIR: Kami harap usaha menentang perang ini dan memperjuangkannya, akan berjaya akhirnya tetapi kami sedar ini akan mengambil masa seperti perhambaan.- Gambar Fail
Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) menggesa komuniti antarabangsa untuk menjadi suara keamanan bagi rakyat dan negara-negara, dalam usaha menjadikan perbuatan melancarkan perang sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.
Semasa membuat gesaan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PGPF akan terus memperjuangkan bahawa perang bukan penyelesaian terhadap konflik, malahan jika ia akan mengambil masa 100 tahun untuk mencapainya.
"Saya tahu ini akan mengambil masa dan kita perlu sabar. Kami harap usaha menentang perang ini dan memperjuangkannya, akan berjaya akhirnya tetapi kami sedar ini akan mengambil masa seperti perhambaan, yang mengambil masa hampir 200 tahun sebelum ia dihapuskan.
"Ketika ini, kami telah mengambil langkah pertama dalam usaha menentang peperangan. Ia mungkin mengambil masa 10, atau 100 atau malah 200 tahun untuk mencapainya," kata bekas perdana menteri.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama dan syarahan umum pada program ke-4 Mahathir Global Peace School (MGPS) bertema, 'Keadilan, Keamanan dan Kemakmuran bagi Warga Global di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
MGPS, merupakan inisiatif PGPF khusus untuk membolehkan pelajar daripada pelbagai kebudayaan dan latar belakang mendapatkan pemahaman lebih mendalam berkaitan keamanan dan keselamatan, yang merupakan isu penting dan penentu masa depan manusia.
Kemudiannya pada sesi soal jawab, Dr Mahathir berkata negara anggota ASEAN sepatutnya menandatangani perjanjian bagi mempromosikan keamanan sebagai penyelesaian untuk menamatkan konflik dan mencegah perang di rantau itu.
Memberikan contoh Malaysia yang menyelesaikan pertikaiannya dengan Indonesia, Singapura dan Thailand menerusi mahkamah dan rundingan, beliau berkata negara yang mengalami konflik perlu memilih untuk menyelesaikan isu itu menerusi timbang tara dan mahkamah antarabangsa, daripada melancarkan perang antara satu sama lain.
Dalam menyelesaikan konflik melalui sistem perundangan, beliau berkata perlu ada perjanjian antara negara-negara untuk bersetuju atau menerima keputusan dibuat oleh mahkamah, tanpa mengira betapa negara itu terjejas olehnya.
"Kita perlu berkempen bahawa perang adalah jenayah, dan pihak yang melancarkannya seperti jeneral, perdana menteri atau menteri pertahanan mesti dihukum...," kata Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
#PGPF
#Tun M
#Tun Mahathir
#Yayasan Keamanan Global Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan