awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis - Mohamad Norza

Bernama
Bernama
16/04/2024
20:15 MYT
Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis - Mohamad Norza
Mohamad Norza berharap pencapaian mengagumkan atlet terjun negara Wendy Ng akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengekalkan dominasi Malaysia dalam sukan itu di pentas antarabangsa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berharap pencapaian mengagumkan atlet terjun negara, Wendy Ng akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengekalkan dominasi Malaysia dalam sukan itu di pentas antarabangsa.
Pada Isnin, menerusi akaun Instagram miliknya, atlet berusia 30 tahun itu mengumumkan persaraan setelah 20 tahun berkecimpung dalam sukan akuatik terjun.
Mohamad Norza yang menyifatkan Wendy sebagai penerjun luar biasa berkata, kekosongan ditinggalkan atlet kelahiran Kuala Lumpur yang sudah tiga kali berada di pentas Olimpik itu, bakal membuka peluang kepada atlet muda untuk menyerlahkan potensi mereka.
"Kita mengucapkan selamat tinggal kepada seorang lagi penerjun wanita yang luar biasa. Kami sangat menghargai sumbangan dan dedikasi beliau sepanjang penglibatannya mengharumkan nama Malaysia.
"Saya harap pencapaian Wendy akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meneruskan dominasi Malaysia dalam acara terjun. Cabaran ini buat pelapis untuk meningkatkan prestasi dan segera mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Wendy," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi MOM pada Selasa.
Penampilan sulung Wendy di pentas Olimpik adalah pada edisi 2012 di London, diikuti 2016 di Rio de Janeiro dan Tokyo 2020.
Wendy juga mewakili Malaysia di temasya sukan utama seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan SEA sepanjang 20 tahun penglibatannya.
Pencapaian Wendy juga tidak kurang hebatnya apabila memenangi keseluruhan tujuh pingat emas dan tiga perak di Sukan SEA, empat perak di Sukan Asia, satu perak di Sukan Komanwel dan Kejohanan Siri Dunia (empat gangsa) dan Grand Prix (tujuh emas, satu perak dan dua gangsa).
Terdahulu, ketika mengumumkan persaraan dalam akaun Instagram miliknya, Wendy berkata: "Hari ini dengan rasa syukur, saya mengucapkan selamat tinggal kepada kolam renang yang telah menjadi tempat perlindungan dan pentas untuk saya mencipta detik-detik indah yang tidak dapat dilupakan. Daripada kejayaan ke Olimpik hingga menghargai setiap kemenangan, semuanya didorong dengan dedikasi dan sokongan penuh.
"Persaraan ini menandakan permulaan babak baharu. Terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan luar biasa ini. Inilah permulaan baharu yang akan diharungi dengan keberanian dan semangat," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Norza Zakaria
#wendy ng
#atlet terjun negara
#Majlis Olimpik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan