awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadikan perjuangan kemerdekaan dahulu inspirasi - Bung Moktar

Bernama
Bernama
26/08/2021
10:32 MYT
Jadikan perjuangan kemerdekaan dahulu inspirasi - Bung Moktar
Bung Moktar berkata walaupun negara masih berdepan dengan pandemik itu, tetapi semangat menyambut Hari Kebangsaan wajar diteruskan bagi memperlihatkan kesatuan rakyat dalam negara yang merdeka. - Gambar fail/Astro AWANI
KINABATANGAN: Semangat pemimpin terdahulu yang berjuang menuntut kemerdekaan perlu dicontohi dan dijadikan inspirasi untuk melawan COVID-19 yang menjadi 'musuh' berbahaya dan tidak dapat dilihat ketika ini, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Menurutnya pelbagai cara boleh dilakukan untuk menzahirkan semangat patriotik kepada negara dalam suasana pandemik, antaranya mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing dan mendisiplinkan diri serta bersolidariti menangani pandemik dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Penularan pandemik COVID-19 tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk melupakan detik bersejarah negara mencapai kemerdekaan daripada penjajah.
"Meskipun telah lebih setahun mengubah normal kehidupan bagi membendung penularan pandemik COVID-19, rakyat keseluruhan tetap berupaya menghidupkan suasana kemerdekaan," katanya dalam kenyataan sempena program pengagihan Jalur Gemilang di sini hari ini.
Bung Moktar berkata walaupun negara masih berdepan dengan pandemik itu, tetapi semangat menyambut Hari Kebangsaan wajar diteruskan bagi memperlihatkan kesatuan rakyat dalam negara yang merdeka.
"Kita boleh berselisih faham dalam banyak perkara, berdepan dengan pelbagai ujian dan pandemik, tetapi soal kesetiaan kepada negara, soal kemerdekaan negara kita adalah sesuatu yang amat penting," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perjuangan
#kemerdekaan
#Bung Moktar Radin
#Timbalan Ketua Menteri Sabah
#COVID-19
#Jalur Gemilang
#Hari Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan