awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jadikan sesi akan datang sebagai sidang Parlimen Reformasi bersejarah'

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
13/06/2022
03:00 MYT
'Jadikan sesi akan datang sebagai sidang Parlimen Reformasi bersejarah'
Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, beberapa langkah perlu diambil dalam sidang akan datang ini termasuk membentangkan beberapa undang-undang reformasi. - Foto DAP Malaysia
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil keputusan untuk menjadikan sidang Parlimen akan datang iaitu pada Julai dan Ogos ini sebagai sidang Parlimen Reformasi yang bersejarah.
Veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, beberapa langkah perlu diambil dalam sidang akan datang ini termasuk membentangkan beberapa undang-undang reformasi.
Antara undang-undang yang perlu diambil perhatian adalah pengharaman melompat parti dan pemansuhan hukuman mati mandatori.
Katanya komitmen perlu diberikan untuk Parlimen tidak akan dibubarkan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 sehinggalah Perkenan Seri Paduka Baginda diberikan kepada pemansuhan hukuman mati mandatori.
Ini termasuk menerbitkan kepada orang awam Laporan Richard Malanjum mengenai Hukuman Alternatif kepada Hukuman Mati Mandatori dan pastikan tiada hukuman mati dilaksanakan sementara kerajaan mengkaji hukuman alternatif berkenaan.
Ia kerana terdapat lebih daripada 2,000 orang pesalah yang sedang menanti hukuman mati untuk 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori sebelum ini.
Dalam kenyataanya, langkah seterusnya adalah, merangka pelan jangka panjang untuk memastikan Malaysia dapat mencapai aspirasinya sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Turut dinyatakan adalah untuk memastikan Malaysia tidak akan menjadi negara gagal pada bila-bila masa sekalipun dengan menyemak semula mengapa Wawasan 2020 gagal untuk mencapai sembilan cabaran strateginya bagi membentuk Bangsa Malaysia.
Beliau turut mempersoalkan mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan (MEB) 2013-2025 yang gagal untuk mewujudkan transformasi pendidikan di dalam negara.
Kit Siang turut berharap agar peluang ini digunakan sebaiknya bagi menunjukkan kepada dunia yang Malaysia akan bangkit semula dalam era pasca-pandemik.
Sidang Parlimen akan berlangsung selama 14 hari bermula 18 Julai sehingga 4 Ogos 2022.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#reformasi
#hukuman mati mandatori
#PRU-15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan