MALAYSIA
Jadikan SSPN pilihan utama pemberian insentif petugas, pelajar - Mustapha
Mustapha (dua, kiri) menyempurnakan pelancaran Karnival Anak Warisan Simpan SSPN (KAWAN) 2025 di Kompleks Karamunsing. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri, agensi kerajaan dan swasta digalakkan untuk menjadikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai pilihan utama bagi pemberian insentif kepada petugas dan pelajar.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata ini kerana Simpan SSPN yang diuruskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memainkan peranan penting dalam memastikan akses pendidikan tidak terhalang oleh kekangan kewangan.
"Saya difahamkan sejak 2004, PTPTN telah memfokuskan kepada misi menggalakkan penabungan untuk mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman.
"Dalam tempoh lebih dua dekad, Simpan SSPN terus merekodkan prestasi mampan pada setiap tahun dan mendapat keyakinan serta kepercayaan masyarakat," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Anak Warisan Simpan SSPN (KAWAN) 2025 di sini pada Sabtu.
Mustapha berkata Simpan SSPN telah merekodkan jumlah deposit mencecah RM21.93 bilion dengan bilangan akaun 6.98 juta setakat 30 Jun lepas dan ia pencapaian membanggakan sekali gus membuktikan sokongan pendeposit kekal utuh sejak diperkenalkan pada 2004.
Justeru, Mustapha berharap golongan ibu bapa dapat menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan terbaik membuat simpanan secara konsisten demi memastikan masa depan pendidikan anak-anak lebih terjamin.
"Simpanan untuk pendidikan ialah satu bentuk pelaburan jangka panjang yang menjamin masa depan anak-anak," katanya sambil menambah deposit Simpan SSPN yang diterima di Sabah adalah berjumlah RM689.84 juta dengan akaun dibuka lebih 500,000.
Mengenai penganjuran program KAWAN 2025, Mustapha menyifatkan ia sebagai langkah progresif dalam menyokong pembangunan pendidikan tinggi dengan menyemai budaya menabung dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda, selain memupuk semangat kreativiti memartabatkan seni budaya bangsa.
Pada masa sama, beliau turut menyeru ibu bapa mengambil peluang daripada program itu untuk mula menabung melalui Simpan SSPN sebagai persediaan kewangan dalam memastikan anak-anak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Sementara itu, Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata PTPTN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit menerusi produk Simpan SSPN, antara lain pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan hingga RM8,000 setahun.
"Manfaat perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan secara percuma hingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak dan kadar dividen kompetitif serta patuh syariah," katanya.
PTPTN turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Sabah terhadap insentif diberikan kepada rakyat negeri itu.
Mengenai KAWAN 2025, Norliza berkata program berskala nasional itu dianjurkan serentak melibatkan 14 negeri sebagai sebahagian komitmen PTPTN menyemai kesedaran kepentingan pendidikan dan nilai murni yang diterapkan sejak kecil ialah warisan paling berharga untuk generasi akan datang.
Ini termasuk amalan berjimat cermat dengan menabung serta keutuhan institusi keluarga sebagai asas kepada pembinaan generasi MADANI berdaya tahan dan harmoni.
Sebanyak 1,000 peserta terdiri pelbagai lapisan umur menyertai Program Larian PTPTN dan Komuniti Sabah 2025 sebagai sebahagian aktiviti komuniti dan inisiatif gaya hidup sihat.
-- BERNAMA