Pelan catuan air dilapor terjejas di beberapa kawasan di Jalan Universiti Petaling Jaya, Jalan Prima Setapak dan Taman Bukit Kajang Baru, Kajang berikutan kejadian paip pecah, sejak Selasa.
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata bekalan air ke semua kawasan terlibat terputus dan tempoh pembaikannya belum ditentukan lagi.
"Bekalan air akan disalur kepada kawasan terlibat sebaik sahaja kerja-kerja pembaikan paip pecah itu selesai," menurutnya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Katanya, pengguna kawasan berkenaan akan menerima tempoh penyaluran air yang lebih panjang dari jadual catuan bagi mengurangkan kesulitan yang dihadapi mereka.
Sementara itu, operasi Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) terpaksa dihentikan ekoran tahap kekeruhan air di Sungai Gombak, walaupun aliran air didapati banyak selepas hujan, katanya.
Priscilla berkata, Syabas dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyiasat dakwaan penduduk Perumahan PPR Salak Selatan kononnya pembekalan air ke kawasan mereka tidak mengikut jadual.
Katanya, hasil siasatan mendapati masalah itu hanya berlaku di kediaman Blok A dan ia berpunca daripada bekalan air dipam terpaksa memenuhkan tangki simpanan bomba yang telah kosong akibat digunakan penduduk ketika hari catuan.
"Injap pengawal aliran air di tingkat 10 bangunan itu juga didapati tidak berfungsi lalu menyebabkan simpanan air tangki sedutan tidak dapat dikawal, sekali gus menyukarkan penyaluran bekalan air bagi penduduk di tingkat 11 hingga tingkat 17," katanya.
Priscilla berkata, pengambilan air dari pili atau tangki simpanan bomba dilarang sama sekali kerana simpanan air tersebut adalah bagi kegunaan mencegah dan memadam kebakaran.
Katanya, Badan Pengurus Bersama dan Pengurus Bangunan Kediaman digesa melakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan sistem perpaipan dalaman premis kediaman dan sistem pengepaman sentiasa berfungsi dengan baik.
Bernama
Thu Apr 17 2014
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Cuaca panas, kemarau beri kesan serius sektor pertanian Sabah - Jeffrey
Cuaca panas dan kemarau akibat fenomena El-Nino yang melanda negara ini, telah memberi kesan yang serius terhadap sektor pertanian Sabah.
Bekalan air di empangan Sabah cukup tiga bulan sekiranya kemarau berpanjangan
Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan bekalan air sedia ada di empangan negeri mencukupi sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau berpanjangan.
Amaran banjir di New Delhi: Sekolah ditutup, air minuman mungkin dicatu
Bandar dihuni 20 juta penduduk itu juga mungkin berdepan kekurangan air minuman berikutan penutupan beberapa loji rawatan.
Paras air Empangan Bukit Merah susut: JPS Perak laksana catuan air
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaksanakan catuan air berikutan penyusutan paras air di Empangan Bukit Merah.
El Nino: Catuan air mungkin dilakukan bergantung situasi
Ketika ini catuan belum dijalankan dan bekalan air bersih di Sandakan masih diagihkan seperti biasa.
Kerja penambahbaikan LRA SSP3 siap, pemulihan bekalan air bermula hari ini
Air Selangor menasihati pelanggan yang terjejas untuk menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan.
Catuan air di Melaka berakhir 1 April ini
Derita ditanggung hampir sejuta rakyat Melaka susulan catuan bekalan air berjadual yang dilaksanakan sejak penghujung Januari lalu bakal berakhir 1 April ini.
Kerajaan lulus peruntukan RM200 juta bina Empangan Jernih - KM Melaka
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan kira-kira RM200 juta iaitu tambahan RM36 juta untuk pembinaan Empangan Jernih bagi menyelesaikan isu bekalan air di negeri ini.
Sektor pelancongan Melaka dikhuatiri berdepan 'bad review' jika catuan air berterusan
Lebih membimbangkan,sekiranya pelancong dari luar negara memberikan ulasan yang kurang memuaskan kepada tahap perkhidmatan mereka.