PUTRAJAYA: Menjaga akhlak, tidak mengejar kuasa dan kekayaan serta menegur secara berhemah perlu menjadi amalan seseorang pemimpin dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada Majlis Ilmu MADANI di Seri Perdana malam ini, beliau berkata sesebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai nilai akhlak seumpama itu.
Perdana Menteri berkata beliau telah meneliti dan menghadam pesanan ulama Sheikh Profesor Dr Yusri Rusydi Al-Hasany yang berpesan bahawa tamadun akan runtuh sekiranya seseorang pemimpin gelojoh kuasa, kejar kekayaan, terlibat rasuah dan berhasad dengki.
Anwar berkata konsep Malaysia MADANI diperkenal bagi membina sebuah tamadun yang mempunyai nilai dan akhlak tinggi serta menitikberatkan aspek sama rata dalam memimpin sebuah negara dengan rakyat berbilang kaum.
"Benar, kita perlu ada teknologi yang canggih, sistem pendidikan dan kesihatan yang baik tetapi terasnya masih dengan nilai ini yang disebut MADANI," katanya.
Pada 19 Jan lepas, Anwar memperkenal Konsep Malaysia MADANI yang berteraskan enam prinsip iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.
Majlis Ilmu MADANI itu dihadiri kira-kira 250 tetamu dari pelbagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan badan bukan kerajaan antaranya Lembaga Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia serta Pertubuhan Penggerak Dakwah Putrajaya.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah sebelum disusuli bacaan selawat serta zikir, tazkirah dan solat Isyak berjemaah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Ilmu MADANI bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana malam ini. - Foto BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
PM mahu program selawat diadakan di seluruh negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu program memperingati Rasulullah SAW seperti Majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 yang diadakan di Selangor diteruskan ke seluruh pelosok negara.
PRN: Jaga akhlak ketika perjuang politik Islam - Khairuddin
"Sekiranya pejuang Islam gagal berakhlak mulia, kepada apakah mereka berdakwah dan mereka perjuangkan?" soal Mohd Khairuddin Aman Razali.
Umat Islam perlu amalkan adab, akhlak berpolitik digariskan agama - Osman Bakar
Demokrasi tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan seharusnya, ahli politik perlu memahami kaedah berpolitik yang dianjurkan agama.
Sultan Mizan titah jaga akhlak semasa PRN
Sultan Mizan bertitah supaya berkempen secara sihat dan menunjukkan akhlak serta teladan baik kepada rakyat.
Kerajaan mahu peranan Jakim diperluaskan
Kerajaan Persekutuan mahu memperluaskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha mengangkat martabat dan darjat negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jaga akhlak, tidak kejar kuasa, tegur secara berhemah perlu jadi amalan pemimpin - PM
Perdana Menteri berkata sesebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai nilai akhlak seumpama itu.
Wan Azizah persoal akhlak guru lelaki buat lawak rogol, KPM diminta siasat
Ahli Parlimen Pandan, Dr Wan Azizah Wan Ismail menyelar tindakan seorang guru lelaki di Selangor yang didakwa membuat lawak rogol ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Manfaatkan World #QuranHour untuk berubah kepada nilai akhlak al-Quran
World #QuranHour diharap dapat melahirkan kesan kepada orang untuk sedar betapa indahnya Quran dan Quran adalah panduan untuk hidup dan panduan untuk mati.
10 pelajar asrama akhlak lolos ditangkap dalam keadaan lemah dan lapar
Tidak sampai 24 jam melarikan diri, 10 pelajar lelaki dari Asrama Akhlak Gajah Mati, Pokok Sena berjaya ditahan semula kira-kira jam 3.30 petang tadi.
"Lalu tepi sekolah agama, tengok budak-budak syok berjoget aksi soft porn" - PU Amin terkilan
Pendakwah dan bekas peserta program realiti Pencetus Ummah, PU Amirul Amin terkejut dan terkilan melihat segelintir kanak-kanak terpengaruh dengan fenomena lagu Bobo Dimana.