awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaga anak ketika musim banjir - MKN

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2014
00:52 MYT
Jaga anak ketika musim banjir - MKN
Lumrah kanak-kanak suka bermain di mana sahaja, walaupun dalam keadaan banjir. - Foto BERNAMA
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihati ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka dan tidak membiarkan mereka bermain air ketika musim banjir ini.
Menurut Setiausaha MKN Kelantan, Azhar Yusof, air banjir yang melanda di negeri ini adalah air daripada kawasan pedalaman yang suhunya sejuk dan boleh mengundang bahaya.
Tambah beliau lagi, selain arus air yang deras, air banjir juga menghanyutkan sisa kotoran dan kondisi air yang sejuk boleh menyebabkan berlaku kekejangan.
“Kepada orang ramai saya harap semua pihak berhati-hati semasa musim tengkujuh ini. Ramai anak-anak yang bermain di kawasan yang selalu dinaiki air dan saya nasihati supaya mengawasi anak-anak daripada bermain di kawasan air yang dalam,” kata Azhar.
Beliau berkata demikian ketika menerima sumbangan dari syarikat pengeluaran kereta tempatan Perodua yang menghulurkan bantuan berjumlah RM20,000 berupa barang keperluan asas kepada penduduk terjejas banjir.
Bantuan disampaikan oleh wakil syarikat berkenaan, Mahiran Salleh kepada MKN Kelantan,di sini pada Ahad.
Beliau juga mengharapkan supaya syarikat korporat lain turut sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir ini.
Topic Berkaitan
#Azhar Yusof
#banjir
#Majlis Keselamatan Negara
#MIKN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan