awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaga hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri - Sultan Ibrahim

Bernama
Bernama
23/02/2017
13:53 MYT
Jaga hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri - Sultan Ibrahim
SULTAN IBRAHIM: Hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri mestilah dijaga dan dihormati untuk membentuk Malaysia yang aman dan makmur. - fotoBERNAMA
Hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri mestilah dijaga dan dihormati untuk membentuk Malaysia yang aman dan makmur, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda berharap kerajaan persekutuan akan terus membantu kerajaan negeri kerana negeri-negeri yang maju membangun akan membentuk satu persekutuan yang kukuh dan sebuah negara yang makmur.
"Semua pihak mestilah ingat dan faham tentang asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu iaitu jika tiada negeri-negeri tidak akan wujud persekutuan," titah baginda ketika berkenan merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong, di Bukit Kepong di sini hari ini.
Turut berkenan berangkat Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pada masa sama, Sultan Ibrahim mengingatkan pemimpin persekutuan yang kuasa pentadbiran persekutuan diberi atas persetujuan raja-raja Melayu yang berkuasa terhadap negeri masing-masing.
"Saya tidak berniat untuk berpecah daripada persekutuan, tetapi mahu mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin di peringkat persekutuan supaya jangan lupa tentang hak dan kepentingan negeri-negeri serta kuasa raja-raja Melayu yang tidak boleh disentuh atau dikurangkan," titah baginda.
Menyentuh isu Pulau Batu Puteh, Sultan Ibrahim mahu pulau itu dipertahankan dan diperjuangkan kerana ia adalah sebahagian daripada kedaulatan negara ini.
"Saya masih ingat pesanan Almarhum ayahanda saya iaitu Pulau Batu Puteh itu adalah milik negeri Johor. Walaupun saiz pulau itu dianggap kecil, setiap inci tanah negeri Johor mesti dipertahankan.
"Kerana itu (Pulau Batu Puteh) adalah lambang kedaulatan negeri Johor dan menjadi sebahagian daripada kedaulatan negara Malaysia," titah Sultan Johor.
Baginda turut meminta rakyat mendoakan kejayaan negara dalam semakan kehakiman yang difailkan oleh kerajaan pusat di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Galeri Darurat Bukit Kepong
#Persekutuan Tanah Melayu
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan