awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaguar berikan F-Pace kualiti pengendalian terbaik

Astro Publication
Astro Publication
26/08/2015
02:20 MYT
Jaguar berikan F-Pace kualiti pengendalian terbaik
Sedang banyak pengeluar kereta cuba mencuri perhatian umum dengan memberi maklumat awal model-model terbaharu yang akan dibawa ke pameran kereta Frankfurt bulan hadapan, Jaguar mungkin terasa sedikit terasing. Setakat ini, tidak ada berita besar dari mereka. Yang ada cuma model SUV pertama mereka – F-Pace.
Walaupun begitu, ia masih lagi giat dibangunkan dan sudah masuk peringkat-peringkat akhir sebelum ia dapat dilancarkan.
Hari ini, pihak Jaguar sekali lagi mengeluarkan sebuah klip video pendek menceritakan usaha mereka untuk memberi SUV ini kemampuan dinamik yang tinggi. Untuk Jaguar, mereka mahu memberi pembeli sebuah crossover yang dibuat untuk mereka yang menghargai setiap pemanduan. Untuk itu, video ini menunjukkan contoh-contoh lokasi di mana ujian pemanduan dilakukan: gunung-ganang dengan jalan berselekoh, jalan luar bandar yang lancar, dan juga di lebuhraya.
Mengikut kata Mike Cross, ketua jurutera untuk integriti kenderaan, Jaguar, “Kami sudah meneliti pengendaliannya pada semua keadaan dan situasi, dan hasilnya F-Pace ini mempunyai kualiti pemanduan memikat yang juga selesa dan senyap.”
Jaguar ini direka agar lebih ringan dan yang membuatkan ini terjadi adalah penggunaan aluminium yang meluas. Walaupun ringan, ia juga menampilkan senibina yang kuat. Turut diberikan perhatian adalah tindak balas stereng yang lebih bagus untuk pemandu. Untuk ini, banyak juga yang dipelajari daripada model F-Type. Begitu juga dengan sistem vektor tork dan kemampuan pacuan semua roda (AWD) F-Pace ini.
Sebelum ini Jaguar turut menerbitkan sebuah klip menunjukkan proses ujian memandu yang dilakukan pada keadaan yang sangat panas dan sejuk. Seperti yang dapat dilihat di dalam video bawah, tujuan nya adalah untuk memastikan peralatan dan komponen dapat berfungsi seperti biasa dan F-Pace ini mempunyai kualiti yang setanding tidak kira di mana juga ia digunakan.
Topic Berkaitan
# F-Pace
#Jaguar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan