MALAYSIA
JAIM siasat hotel ‘gay friendly’ di Melaka
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sedang menyiasat dakwaan sebuah hotel butik di negeri itu yang berkonsepkan ‘gay friendly’ seperti ditularkan di media sosial sejak semalam. - Gambar media sosial
MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sedang menyiasat dakwaan sebuah hotel butik di negeri itu yang berkonsepkan ‘gay friendly’ seperti ditularkan di media sosial sejak semalam.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, siasatan terperinci akan dijalankan bagi menyiasat kesahihan maklumat berkenaan.
“(Setakat ini) JAIM sedang siasat dan kita tidak boleh buat sebarang keputusan awal sehingga maklumat jelas dan bukti diperoleh,”katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial mendakwa kewujudan sebuah hotel berkonsepkan mera gay di Melaka yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet sejak semalam.
Menerusi hantaran ditulis pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung beliau membangkitkan persoalan mengenai trend penjenamaan perniagaan menggunakan label ‘friendly’.
“Agak kreatif penjenamaan. Label ‘Muslim friendly’ pun boleh dijadikan bisnes, apatah lagi ‘gay friendly’. Lepas ni apa pula idea kreatif akan muncul?” tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk pandangan yang mengkritik keras konsep tersebut.