JAINJ siasat dakwaan kanak-kanak dijemur tengah panas

Bernama
Mei 10, 2023 11:15 MYT
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata pihaknya telahpun mengarahkan siasatan dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAINJ berhubung kes itu. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan mengenai kejadian seorang kanak-kanak yang dijemur di tengah panas ketika menghadiri sesi sekolah agama, di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata pihaknya telahpun mengarahkan siasatan dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAINJ berhubung kes itu.
"Kini pihak Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) Johor Bahru sedang digerakkan untuk mendapatkan laporan lengkap (berhubung dakwaan itu)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular sebuah hantaran di aplikasi Tik Tok dipercayai daripada keluarga kanak-kanak itu yang tidak puas hati dengan tindakan pengurusan sebuah sekolah agama di daerah ini yang didakwa menghukum dengan menjemur kanak-kanak berusia tujuh tahun di tengah panas kerana lambat ke perhimpunan.
-- BERNAMA
#JAINJ #kanak-kanak dijemur tengah panas #sekolah agama #Mohd Fared Mohd Khalid