awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIPk kesan ajaran agama meragukan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/02/2022
07:53 MYT
JAIPk kesan ajaran agama meragukan
Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin (kanan) sewaktu majlis penutup taklimat penarafan masjid sebagai pusat informasi maya di Masjid Negeri Perak, di Ipoh, hari ini. - Astro AWANI
IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesan kegiatan ajaran agama yang meragukan, yang kebanyakannya dikaitkan dengan Imam Mahdi.
Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, ada antara ajaran itu berselindung di sebalik aktiviti lain.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam di Perak supaya lebih berhati-hati dan mengkaji latar belakang individu atau kumpulan tersebut.
“Ada juga orang ni digelar 'ustaz', pada hal dia bukan ustaz dan latar belakang pengajiannya (entah) macam mana.
“Dalam menghadapi situasi pandemik ni, muncul benda-benda yang tak elok dan dibangkitkan isu Imam Mahdi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutup taklimat penarafan masjid sebagai pusat informasi maya di Masjid Negeri Perak di sini, hari ini.
Menurutnya, segelintir individu ini muncul ketika berlaku bencana seperti banjir, untuk mencari pengaruh dengan mengunakan faktor lain seperti ekonomi.
“Dalam keadaan masyarakat kita mungkin menghadapi tekanan ekonomi, ada pihak tertentu menggunakan agama untuk nak menarik (orang ramai).
“Jadi, saya menasihatkan semua umat Islam di Perak ni, periksa dahulu kelompok-kelompok seumpama ini yang nak menyebar luaskan ajaran yang tidak begitu menyenangkan dan menyesatkan terutamanya dikaitkan selalu dengan Imam Mahdi,” ujarnya.
Mohd. Yusop berkata, umat Islam boleh merujuk atau menyemak latar belakang kelompok-kelompok itu, termasuk yang tular di media sosial, kepada pihak berkuasa agama, termasuk JAIPk dan pegawai agama di seluruh negeri.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan penganjur majlis ceramah supaya mendapatkan kebenaran daripada pihak pejabat agama daerah, 14 hari sebelum majlis berkenaan.
Baru-baru ini, Ketua Polis Perak, Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan polis terhadap perkongsian seorang lelaki menerusi Facebook Live di sebuah kedai di Sayong Lembah di Kuala Kangsar, yang mendakwa bakal berlaku perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, siaran langsung berdurasi 8 minit 56 saat itu dilakukan ketika individu berkenaan mengunjungi sebuah kedai yang menjual pelbagai senjata antaranya pedang dan keris.
Topic Berkaitan
#ajaran agama
#ajaran sesat
#Jabatan Agama Islam Perak
#Imam Mahdi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan