Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membangunkan Sistem Aplikasi Saringan Awal (i-HaQ) yang pertama seumpamanya di Malaysia, khusus untuk melancarkan proses permohonan pensijilan halal.
Pengarahnya Datuk Mohd Yusop Husin berkata, sistem ini dibangunkan sebagai aplikasi di atas talian dan boleh dijana secara terus menggunakan internet.
Tambahnya, ia membolehkan orang ramai membuat semakan secara automatik, mengikut elemen dan keperluan yang ditetapkan.
"Sistem ini membantu JAIPk mengelakkan sebarang tohmahan," katanya pada Rabu selepas melancarkan i-HaQ di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini.
Sistem tersebut dibangunkan dengan kerjasama Digital Perak Corporation Holdings.
"Sekarang boleh dikatakan di seluruh Malaysia berlaku kelewatan (proses permohonan). Mungkin masyarakat tak tahu di mana sebenarnya lewat.
"Jadi, sekarang kita kenal pasti, antara punca yang dikatakan lewat itu ialah pemohon kadang-kadang tidak mengambil berat.
"Contohnya, pihak jabatan minta dia betulkan apa yang patut, tetapi dia tidak betulkan. Katakan, pemohon nak sijil halal untuk kuetiau, tetapi didapati, minyak ada sijil halal, tepung tiada sijil halal, jadi, kena tolaklah.
"Dia akan tahu bahawa tepung itu belum ada sijil halal. Dia sendiri tahu dan dia sendiri akan betulkan," kata Mohd Yusop.
Ujarnya lagi, aplikasi itu turut membantu pihak industri dalam mengklasifikasikan permohonan Pensijilan Halal mengikut skim yang ditetapkan.
"Ia membantu mengurangkan masa yang diambil dalam proses permohonan Pensijilan Halal, kerana terdapat sistem saringan awal sebelum permohonan Pensijilan Halal dilakukan," ujarnya.
Sehingga kini, menurut Mohd Yusop, 800 permohonan sijil halal telah diluluskan di negeri Perak.
Ia melibatkan barang gunaan, kosmetik dan dandanan diri, premis makanan, produk makanan dan rumah sembelih.
Aida Aziz
Wed Oct 30 2019

Mohd Yusop berkata, sistem itu membantu mengurangkan masa yang diambil dalam proses permohonan sijil halal, kerana terdapat sistem saringan awal sebelum ia dilakukan. - Astro AWANI

KPLB harap 539 projek infrastruktur 2021 diteruskan - Dr Abd Latiff
KPLB berharap 539 projek infrastruktur yang telah dirancang untuk 2021 dapat dilaksanakan mengikut jadual walaupun berhadapan kekangan dan cabaran COVID-19.

Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.

Kerajaan Jepun akan batal Sukan Olimpik akibat COVID-19 - Laporan
Katanya, tumpuan kerajaan Jepun ketika ini ialah untuk mendapatkan slot pada tahun 2032 untuk sukan tersebut.

AWANI Ringkas: PdPR: Kerajaan perlu pertingkat jaringan internet | PdPR: Apa rasional terbaik?

Kajian Ipsos: Menangani tahap keresahan rakyat Malaysia
Bagi membincangkan mengenai perkara ini kita bersama dengan Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin.

PdPR: Capaian internet luar bandar perlu dipertingkat
Kerajaan digesa untuk mempertingkatkan keupayaan internet di luar bandar sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, PdPR. Akses internet lemah, akan jadi kekangan seterusnya menjejaskan pembelajaran mereka.

COVID-19: Dubai larang pembedahan tidak penting, aktiviti hiburan
Penangguhan sementara yang berkuat kuasa mulai 12 tengah malam Khamis adalah bagi memberi keutamaan kepada rawatan pesakit COVID-19.

Niaga AWANI: Strategi dan peluang pelaburan dalam pasaran China
Di sebalik angka ini, UOB asset management percaya wujud peluang yang besar dalam pelaburan jangka panjang dalam syarikat terpilih dalam ekonomi baru di China. Ini melihat kepada kuasa membeli rakyat China yang semakin meningkat dan sokongan yang diberikan kepada 10 industri utama yang dikenal pasti dalam pelan ‘Made In China 2025’ Saksikan rakaman temubual saya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Uobam (Malaysia), Lim Suet Ling

Niaga AWANI: Strategi sektor kewangan depani cabaran 2021
Kita ingin membincangkan kesan dan strategi PKP ini kepada ahli Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) bersama Timbalan Pengerusi Azizi Mustafa.

COVID-19: Britain umum denda hadirin parti sosial di rumah
Britain mengumumkan penalti lebih tinggi terhadap individu yang ingkar arahan berkaitan sekatan pergerakan.

JAIPk lancar i-HaQ, pertama di Malaysia
Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, sistem ini dibangunkan sebagai aplikasi di atas talian dan boleh dijana secara terus menggunakan internet.