awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIS bentang laporan penuh isu GISB minggu hadapan

Bernama
Bernama
21/09/2024
11:47 MYT
JAIS bentang laporan penuh isu GISB minggu hadapan
Laporan JAIS itu akan memperincikan tindakan yang telah dan akan diambil selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
SHAH ALAM: Laporan penuh berhubung isu Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd akan dibentangkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Mohammad Fahmi Ngah minggu hadapan.

Ringkasan AI
  • JAIS akan bentang laporan penuh mengenai GISB kepada Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah, minggu hadapan.
  • Laporan akan memperincikan tindakan yang telah dan akan diambil, termasuk langkah undang-undang terhadap sekolah agama dan tahfiz di bawah GISB serta profil 30 rumah amal di Selangor.
  • Sultan Selangor mengarahkan penutupan segera semua rumah amal dan sekolah Islam di bawah GISB yang tidak berdaftar atau disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah, sebagai langkah pencegahan untuk melindungi kanak-kanak.

Mohammad Fahmi berkata laporan itu akan memperincikan tindakan yang telah dan akan diambil selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Saya juga akan diberi taklimat tentang langkah semasa JAIS bagi mengekang serta mengambil tindakan undang-undang berkenaan, termasuklah perkara berkaitan sekolah agama dan tahfiz di bawah GISB di Selangor.
"Saya juga akan mendengar taklimat tentang profil 30 rumah amal di bawah GISB di Selangor yang dilaporkan oleh JAIS kepada saya sebelum ini, termasuklah tentang dakwaan berlakunya pelantikan ahli jawatankuasa masjid dari kalangan ahli GISB di sebuah masjid di Rawang serta isu berkenaan surau Al-Ikhwan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pasukan khas yang diketuai Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad ketika ini sedang berusaha untuk mengukuhkan beberapa keperluan kes melibatkan pimpinan atasan dan beberapa kegiatan individu lain mengikut Seksyen 7,8,10,12,13 serta 106 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
Dalam pada itu, beliau turut menjunjung titah keprihatinan Sultan Selangor mengenai tindakan yang wajar dan sedang diambil oleh pihak berkuasa negeri dan Persekutuan dalam isu GISB mutakhir ini terutama melibatkan kebajikan kanak-kanak, wanita dan isu berkaitan agama Islam.
Dalam pada itu, Mohammad Fahmi meminta umat Islam di Selangor untuk terus tampil membuat aduan kepada JAIS bagi membantu memberikan maklumat berhubung isu tersebut.
Terdahulu, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan berita berkaitan siasatan pihak polis terhadap kegiatan jenayah oleh GISB dan rangkaiannya.
Sehubungan itu, baginda bertitah semua rumah amal dan sekolah Islam di bawah kawalan GISB dan rangkaiannya yang tidak berdaftar atau disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah termasuk jenayah syariah, diarah ditutup dengan segera dan tidak dibenarkan beroperasi di Selangor.
Ia sebagai langkah pencegahan bagi mengelak kanak-kanak yang terlibat daripada terus dianiaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Global Ikhwan Services and Business
#GISB
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#JAIS
#Mohammad Fahmi Ngah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan