awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIS sahkan surat arah kibar bendera separuh tiang

Sinar Harian
Sinar Harian
17/09/2022
03:15 MYT
JAIS sahkan surat arah kibar bendera separuh tiang
Mohd Zawawi dan surat pekeliling yang dikeluarkan JAIS pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan surat yang tular pada Jumaat berkenaan arahan kepada masjid dan surau untuk mengibarkan bendera Selangor separuh tiang bermula Sabtu hingga Isnin.
Ia berikutan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II baru-baru ini.
Menurut sumber dalaman agensi berkenaan, surat berkenaan dikeluarkan pada Jumaat kepada masjid dan surau di Selangor.
"Sah daripada kami (JAIS)," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, beliau sedang mendapatkan pengesahan daripada JAIS mengenai surat tersebut.
"Itu sebenarnya titah Sultan Sharafuddin untuk tiga hari ini kibarkan bendera Selangor separuh tiang di pejabat kerajaan.
"Tapi saya perlu semak dulu kerana titah baginda umum untuk pejabat kerajaan. (Untuk) masjid dan surau, saya tidak pasti, akan periksa dulu," katanya.
Pada Jumaat, sebuah pekeliling daripada JAIS meminta bendera Selangor dikibarkan separuh tiang di masjid dan surau di Selangor bermula Sabtu hingga Isnin tular dalam media sosial.
Pengumuman tersebut bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada pihak masjid yang menganggap ia tidak wajar dilaksanakan oleh institusi tersebut.
"Masjid tempat kami membesarkan ALLAH SWT, bukan tempat menzahirkan kesedihan untuk kematian Ratu Elizabeth II.
"Imam masjid meninggal dunia pun kami tidak kibar bendera separuh tiang.
"Maaf. Arahan ini sudah melampau sehingga melibatkan masjid dan surau, tempat kami mengagungkan ALLAH," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Zawawi Ahmad Mughni
#Ratu Elizabeth II
#separuh tiang
#surat pekeliling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan