SHAH ALAM: Bakal pengantin diminta untuk mendapat tarikh janji temu secara percuma bagi urusan berkaitan perkahwinan melalui laman sesawang Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sahaja.
JAIS dalam satu kenyataan memaklumkan jabatan berkenaan tidak pernah melantik pihak ketiga bagi tujuan berkenaan dan permohonan boleh dibuat melalui www.jais.gov.my
Malah JAIS turut menggesa pihak yang mempunyai maklumat atau mengetahui terdapat individu yang mengambil kesempatan menjual slot janji temu diminta segera membuat laporan.
"Sebarang aduan atau pertanyaan boleh menghubungi 03-5514340/3600 atau emel [email protected]," kata JAIS menerusi permaklumannya di laman Facebooknya pada Isnin.
Pada 1 Julai lalu, JAIS membenarkan majlis akad nikah di negeri itu selepas dilarang berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.
Bagaimanapun JAIS memaklumkan bahawa kebenaran hanya tertakluk kepada pasangan yang telah mendapat tarikh janji temu daripada JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
Katanya, majlis akad nikah juga hanya boleh dilangsungkan sekiranya memenuhi beberapa ketetapan lain.
"Antaranya, akad nikah perlu dilaksanakan dengan kehadiran fizikal pihak-pihak di JAIS dan PAID sahaja setiap hari dari Isnin ke Ahad.
Disyorkan artikel ini:
Istana Negeri Sabah kini dikenali Istana Seri Kinabalu
Tanam anggur selepas bisnes kedai makan terjejas
Dari suri rumah kini bergelar usahawan
"Pada masa sama, pasangan juga perlu mendapat kebenaran berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 sebelum 1 Jun 2021, serta mempunyai keputusan ujian saringan HIV yang masih sah," jelas kenyataan itu.
Selain itu JAIS berkata, pasangan juga diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengemukakan hasil ujian saringan Covid-19.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Sep 06 2021
Tangkap layar kenyataan JAIS pada Isnin.
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Detik indah pengantin baharu bertukar kecoh susulan letupan kuat di Beirut
Kegembiraan itu bagaimanapun berubah sekelip mata apabila lokasi resepsi pasangan pengantin tersebut digegarkan dengan letupan kuat.
Pelamin anganku musnah! 'Pengantin lelaki' rupa-rupanya...
Identiti pengantin lelaki itu gagal disembunyikan selepas tetamu mula curiga dengan perwatakan dia yang didakwa mirip seorang wanita.
Perunding perkahwinan hilang punca mata pencarian sepanjang PKP
Tempoh yang sukar juga terpaksa ditempuh bagi perunding perkahwinan apabila punca rezeki mereka hilang, lebih malang mereka terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu ringgit.
'Pengantin' kongsi rezeki, agih sarapan di tepi jalan
Seorang pemilik perniagaan, Nor Hamidi Mohd nadzir sekadar mahu berkongsi rezeki selepas perniagaannya mencatatkan keuntungan.