JAIS tunda peperiksaan SMA, SMATQ dan SMATD - Amirudin

Fauzi Suhaimi
April 23, 2020 03:01 MYT
Kerajaan Negeri Selangor menetapkan semua jenis peperiksaan di bawah JAIS akan ditunda pada suku pertama tahun depan. Gambar Astro AWANI
Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan semua peperiksaan awam di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditunda kepada suku pertama 2021.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peperiksaan itu melibatkan Sijil Menengah Agama (SMA); Sijil Menengah Agama Tahfiq Quran (SMATQ) dan Sijil Menengah Agama Tarbiyah Diniah (SMATD).
"Kerajaan negeri menetapkan semua jenis peperiksaan di bawah JAIS akan ditunda pada suku pertama tahun depan.

Kerajaan Negeri menetapkan Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Agama Tahfiq Quran (SMATQ) dan Sijil Menengah Agama Tarbiyah Diniah (SMATD) ditunda ke suku pertama 2021. Semua peperiksaan awam JAIS ini akan dilaksanakan setelah keadaan kembali pulih. #SelangorGempurCovid19 pic.twitter.com/xi3JWtVD8z

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) April 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Semua peperiksaan awam ini akan dilaksanakan setelah keadaan kembali pulih," katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitternya pada Khamis.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kementeriannya mengambil keputusan untuk menunda tarikh peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada suku pertama tahun 2021.
#COVID-19 #JAIS #kerajaan #Malaysia #menteri #Menteri Besar #pendidikan #peperiksaan #peperisaan #Sijil Pelajaran Malaysia