PUTRAJAYA: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditambah baik dengan melanjutkan jajaran asal daripada 640 kilometer (km) kepada 665 km bagi membentuk sistem jaringan rel yang lebih cekap.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata penambahan jajaran tersebut turut merangkumi pelanjutan 30 km jajaran asal, iaitu 24 km dari Jalan Kastam (Pelabuhan Klang) ke Pelabuhan Barat dan 6 km dari Jalan Kastam ke Pelabuhan Utara.
"Ini sebab kita (kerajaan) hendak membentuk satu jambatan darat dan mengoptimumkan penggunaan rel.
"Objektif utama pembinaan ECRL ialah sebagai laluan kargo, iaitu 70 peratus untuk membawa barangan manakala 30 peratus untuk penumpang. Jadi, kita perlu memastikan ada pulangan," katanya dalam wawancara Pencapaian Malaysia Prihatin MOT, baru-baru ini.
Kajian secara menyeluruh turut dilaksanakan bagi meningkatkan kelebihan logistik ECRL terutama melibatkan isu kesesakan dan keselamatan kereta api yang kini terpaksa melalui KL Sentral. Pada masa yang sama, kita juga menawarkan khidmat penumpang yang lebih baik dengan adanya ketersambungan terus kepada sistem pengangkutan awam ke Kuala Lumpur melalui Terminal Bersepadu Gombak.
Wee menegaskan kejayaan ECRL bukan hanya mengembalikan semula jajaran asal tetapi ditambah baik termasuk melalui Serendah dan Pelabuhan Klang, seterusnya ke Pelabuhan Barat dan Utara.
"Dari segi kos nilai kejuruteraan ia hanya melibatkan sekitar RM50 bilion berbanding kos sebelum ini berjumlah RM46.379 bilion yang belum dicampur kos pengambilan tanah yang mencecah sehingga RM54 bilion," katanya.
Semua masalah teknikal yang dihadapi projek mega itu seperti isu tapak warisan, penempatan Orang Asli dan empangan batu juga dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Projek yang dijangka siap pada 2026 itu juga telah mencapai kadar kemajuan sebanyak 20.37 peratus pada Januari 2021 berbanding dengan jadual asal iaitu 19.39 peratus.
"Kemajuan ini disebabkan oleh Bahagian B (Dungun-Mentakab) yang telah mencapai tahap penyelesaian sebanyak 9.47 peratus berbanding 5.83 peratus seperti yang dijadualkan," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Projek ECRL ditambah baik dengan melanjutkan jajaran asal daripada 640 km kepada 665 km bagi membentuk sistem jaringan rel yang lebih cekap.
PGA9 gagalkan cubaan seludup 150,000 rokok
Rampasan dilakukan selepas anggota yang menjalankan rondaan Op Taring Wawasan melihat sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.
AWANI Ringkas: Mampukah Pearly-Thinaah muncul juara?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia-Ukraine: Tukar 206 tahanan dalam masa dua hari
Rusia dan Ukraine melakukan pertukaran besar-besaran 206 tahanan, pada Sabtu.
MAHA 2024: Tumpuan penuh kepada sektor padi dan beras, serta ruminan - Mat Sabu
Menuju ke hadapan, kementerian telah mengenal pasti dua negeri lagi yang boleh membantu dalam mengembangkan lagi sektor padi dan beras negara.
Ribuan turun ke jalanan tuntut pembebasan tebusan
ibuan penunjuk perasaan berhimpun di Tel Aviv pada Sabtu bagi menyeru kerajaan Israel untuk berbuat lebih banyak bagi mendapatkan pembebasan tebusan yang masih ditahan di Gaza selepas 11 bulan.
Derma pakaian: PM Britain didakwa langgar peraturan Parlimen
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer telah melanggar peraturan parlimen dengan tidak mengisytiharkan seorang ahli perniagaan kaya dan penderma Parti Buruh membeli pakaian mewah untuk isterinya, Victoria.
Aksi persahabatan intensiti tinggi bantu persiapan skuad muda negara ke Piala Asia
Garrido yakin saingan berintensiti tinggi berdepan lawan lebih berusia membentuk kecerdasan taktikal lebih baik dalam diri anak buahnya.
Ribuan turun ke jalanan Tel Aviv tuntut pembebasan tebusan
Protes besar-besaran telah menuntut pemimpin Israel berbuat lebih banyak bagi memastikan semua tebusan dibebaskan.
Penunggang motosikal maut nahas enam kenderaan
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux berkenaan mengundur keluar dari sebuah kedai makan celup tepung.
EPL: Haaland pastikan City lakar kebangkitan sebelum menang
Kemenangan itu memastikan City kekal di puncak dengan 12 mata, mendahului tiga mata ke atas Liverpool.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus
Anthony Loke berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT
Ini termasuk struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama.
Malaysia Rail Link bentuk syarikat operasi dengan CCCC China uruskan ECRL
Syarikat pengendali itu adalah hasil kontrak yang dirundingkan semula bertujuan berkongsi risiko operasi antara MRL dan CCCC.
Video tular: ECRL diarah segera baiki jalan berlubang
ECRL diarahkan membaik pulih tampalan pada jalan berlubang di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri), Klang dengan segera.
PM Anwar, PM China Li Qiang rasmi majlis pecah tanah stesen terminal bersepadu ECRL
Majlis pecah tanah itu membuka laluan kepada penyediaan rel ECRL yang melibatkan laluan dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor yang dijangka siap pada Disember 2026.
ECRL jamin pertumbuhan ekonomi lebih segar di negeri Pantai Timur - PM Anwar
Pembinaan ECRL dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang bakal menjamin pertumbuhan ekonomi segar di negeri-negeri Pantai Timur, kata PM Anwar
Kontraktor projek ECRL mulakan kerja pemasangan sistem
Projek ECRL memulakan kerja pemasangan sistemnya yang menandakan fasa akhir pembinaan sebelum memasuki peringkat pengujian dan pengoperasian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.